Rabu, Mac 28, 2012

relex kejap



Ini nama dia buah tembung sekerat...apa yang sekerat.Cuba-cubalah fikir sendiri.Kalau nak belajar yang sekerat pun boleh kalau tak nak belajar sekerat pun boleh.Cara masing-masing.Musuh ni ada macam-macam kerenah,sanggup tak sanggup je nak layan.Apa-apa pun kita layan video ni dulu...besok-besok boleh tanya pada guru masing-masing.Ada tak yang sekerat tu? Kalau ada amik je buat guna pakai waktu-waktu terdesak.Oklah selamat mencuba dan selamat beramal.

Ahad, Mac 25, 2012

grading tertutup





Semalam 24hb mac 2012 bertempat di gelanggang gombak,telah di adakan satu grading secara terutup khas untuk ahli-ahli Lp yang bakal khatam pada bulan 5 nanti.Di mana ahli-ahli ini tidak dapat bersama-sama semasa grading yang lepas.Seramai 6 orang dari Melaka dan 10 orang dari Kuala Lumpur.Grading ini telah dijalankan secara serdahana dan semuanya berjalan dengan lancar sepanjang grading semalam.Cikgu-cikgu yang turut hadir selain saya termasuklah cikgu Din misai,cikgu faizal,cikgu ha dan YDp LP guru Hj Hasyim bin Hj salleh.Grading yang bermula pada pukul 6.00pm telah berakhir pada pukul 11.30pm.

Jumaat, Mac 16, 2012

gurau-gurau je....



Ini adalah antara buah-buah yang terdapat di dalam permainan Lian Padukan.Ahli Lp yang bersama saya dalam video ini ialah saudara Najib dari gelanggang Johor Jaya(anak murid cikgu aeen).Video ini di rakam ketika Najib dan beberapa orang ahli-ahli dari gelanggang Johor datang menziarah ke gelanggang Lp Melaka.Terima kasih di atas kesudian ahli-ahli Lp Johor untuk datang menziarahi gelanggang usang saya.Wassalam.

Selasa, Mac 13, 2012

lawatan YAB




"TAK MELAYU HILANG DI DUNIA"begitulah kata-kata yang di ungkapkan dari mulaut seorang pemimpin ketika melawat ke gelanggang Lian Padukan yang terletak di Semabok Melaka

Tanggal 9 Mac 2012,gelanggang Lp Melaka telah mendapat penghormatan dari ketua menteri Melaka Datuk Seri Hj.Mohd.Ali Bin Rustam.Yang Mana beliau telah meluangkan masa untuk melawat sendiri gelanggang Lp.Kami ahli-ahli Lp melaka amat berbesar hati dan berasa amat bangga dengan kehadiran ketua menteri dan menganggap ianya satu penghormatan dari ketua menteri kepada persilatan kami.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada ketua menteri kerana sudi melawat teratak usang kami(gelanggang kampung je).Tidak lupa juga kepada tetamu-tetamu yang sama-sama memeriahkan majlis lawatan Datuk Seri Hj.Mohd Ali Bin Rustam ke gelanggang kami.

SALAM 1 MALAYSIA,SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG,NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU.

Khamis, Mac 08, 2012

kenapa gotong-royong.....??



Baru tadi 5,6 orang ahli2 Lp melaka datang tolong bersihkan gelanggang.Kenapa nak bersihkan....?




Ni mesti ada apa2 nak belaku kat gelanggang Lp melaka....betul ker...???



Apa dia tu pekara yang nak belaku ni....suspen je ni....jeng!jeng!jeng!
Apa2 pun terima kasih kepada sesiapa yang datang tadi tolong bersihkan apa2 yang patut.jumpa lagi semua....