Ahad, Oktober 17, 2010
sesudah 15...
Lian gulung teletak pada lian ke enam belas di dalam silibus pebelajaran lian padukan.Apakah kelebihan lian ini sehingga ia merupakan selibus terakhir didalam lian paduakan...?
Lian asal didalam pebelajaran lian padukan mempunyai 7 jurus dan 28 lian(semasa saya belajar dulu)mengikut silibus asal.Tetapi kini ia telah di gabungkan atau lebih senang di sebut di pendekkan menjadi 4 jurus dan 16 lian.Bukanlah bertujuan untuk menyimpan baki yang selebihnya.Kalau mengikut sukatan pebelajaran buah pukulan di dalam lian padukan sentiasa di perbaharui dari semasa ke semasa.(tiada buah yang kekal).Tetapi lian tetap kekal dan sentiasa di gabungkan dari semasa ke semasa mengikut keselesaan guru yang mengajar.Tujuan lian-lian ini di pendekan adalah salah satu daripadanya kerana terlalu ramai yang belajar,tetapi tidak dapat menamatkan sehingga habis(khatam)kerana terlalu banyak lian yang perlu di ingat.Kerana itu jugalah lian-lian ini telah di pendekan dan digabungkan menjadi 16 lian dan 4 jurus. Contohya semasa saya belajar dahulu,ramai pesaing-pesaing dari ahli lian padukan yang belajar.tetapi yang khatam hanya beberapa orang sahaja.Jadi cerita saya pada kali ini tentang lian ke enam belas(lian gulung).
Lian gulung merupakan lian terakhir di dalam sukatan pebelajaran.Mungkin jika sesiapa yang pernah melihat lian ini tertanya-tanya apakah kelebihannya lian ini sehingga ia menjadi lian terakhir di dalam silibus.Lian ini jika di lihat dengan mata kasar seperti bukan lian-lian lain yang kita belajar yang mempunyai buah-buah serangan.Memang benar...ia merupakan salah satu lian tunggal yang tidak mempunyai serangan di dalam Lian padukan.Lian ini asalnya hanya boleh di pelajari setelah seseorang ahli itu di di khatamkan.Tetapi kini lian ini di letakan pada lian terakhir sebelum khatam.
Lian ini merupakan lian pernafasan yang mengabungkan nafas luar dan nafas dalam.Memang agak sukar bagi yang baru menguasai lian ini.Silap-silap boleh demam di buatnya.Lian ini juga merupakan gabungan kepada semua lian termasuk lian khatam,kerana setiap lian dan jurus kita latih setiap hari bergantung pada lian ini.Ia merupakan satu jambatan yang menyambungkan dari satu tebing ke tebing yang lain.Fikirkan bila kita telah tamat belajar lian mengikit silibus...mengapa masih ada lian yang kita perlu belajar sesudah khatam.Lian sesudah khatam memerlukan penafasan yang panjang tetapi selibus 16 lian 4 jurus berhenti setiap satu pegerakan.Jadi bagi sesiapa yang akan menghadapi khatam,belajar dan carilah kelebihan lian ini.Begitu juga kepada yang telah menguasai lian ini,berlatihlah lian ini setiap hari,anda tak akan rugi bila anda telah betul-betul menguasinya.
Selain itu lian ini juga merupakan lian yang menghidupkan senjata 8 yang kita latih setiap hari.Tetapi jangan pula ingat lian ini boleh menjadikan kita kebal.Jika kita lihat pada demo video di atas(demo dari cikgu azmie dato)ia bukanlah merupakan ilmu kebal.Tetapi ia meningatkan kita,di dalam petempuran samada peseorangan atau berhadapan ramai lawan,kita perlu ada semangat yang kuat dan ketahanan fizikal yang cukup lasak.Pernafasan merupakan faktor penting.sekurang-kurangnya bila bertempur kita masih mampu menyambut satu atau lebih pukulan dari musuh.Taklah baru kena sekali dah ko(buat malu je).Sebab itu di dalam acara tempur semasa majlis khatam saya memang tak mahu memberi muka kepada sesiapa.Bukanlah untuk mengambil kesempatan untuk membuli,tetapi bagi menghidupkan semangat ahli-ahli yang bakal di khatamkan nanti.Dari situ kita akan menilai diri kita sendiri berapa lasak dan kuatnya semangat kita ketika bertempur.Yang penting semangat melawan balik.
Bila di kepung selalunya kita terlupa untuk menjaga pernafasan dan mengekalkan hati yang tenang.Berbeza bagi yang selau melatih lian gulung ini,kita akan sentiasa tenang dan kekal bersedia bila berdiri.Tak kira dengan sesiapa pun termasuk guru kita sendiri.Cuma rasa hormat yang tinggi menjadi penghalang untuk kita melawan bila sparing dengan guru.
Jadi tidak kira di mana kita berada hormat-menghormati sesama kita perlulah ada,samada musuh atau bukan yang penting kita perlu hormat dan beringat sentiasa.Barulah apa yang di pelajari kekal,kerana setiap yang di pelajari perlulah datang dari hati yang ikhlas.
Ahad, Oktober 10, 2010
Grading 2010
Tarikh Grading Lian Padukan 2010 peringkat kebangsaan,telahpun ditetapkan pada 06hb nov 2010 (sabtu).Aktiviti ini akan di langsungkan di Dewan(AKTIVITY HALL,HELP RESIDANCE)Kuala lumpur yang terletak di damansara.
Kepada semua ahli-ahli yang bakal khatam pada tahun hadapan (2011).Anda di wajibkan untuk mengikuti grading ini.Diharap juga setiap gelanggang disetiap negeri dapat menghantarkan ahli-ahli mereka.Kerjasama dari guru-guru dan wakil-wakil gelanggang amat di perlukan untuk menjayakan aktiviti grading kali ini.Kepada semua ahli-ahli Lian padukan sila rujuk kepada guru-guru di gelangganag anda.
Kepada semua yang bakal terlibat dalam aktiviti ini dapatlah hendaknya memberikan kerjasama sepanjang aktiviti ini berjalan.Pakaian silat berwarna hitam dari atas sehingga kebawah berserta logo wajib bagi setiap ahli-ahli yang bakal di gradingkan.Pakaian silat berwarna putih diwajibkan pada cikgu-cikgu termasuk kasut dan setokin.Kepada cikgu-cikgu tolong pastikan setiap ahli-ahli anda menjaga disiplin sepanjang tempoh aktiviti berjalan.Di jangkankan masa yanag diambil bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Semoga grading kali ini dapat di jayakan dengan jayanya.dan semoga Lian Padukan akan terus maju dan maju di bawah pimpinan yang di pertua ayahanda Hj.Md.Hasyim bin Hj.Salleh.tidak lupa juga untuk cikgu Hasimpul untuk mendapatkan tempat yang lebih selesa untuk grading kali ini.Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau.semoga kita berjumpa di hari grading nanti.Salam.
Isnin, September 27, 2010
selamat datang dan tahniah.
Jumaat dan sabtu lepas merupakan hari gelanggang.Setelah lama bercuti dari awal Ramadan hingga 14 syawal,akhirnya ahli2 Lp melaka berhimpun semula.Tapi masih ramai lagi yang tidak dapat menghadirkan diri.Mungkin masih beraya lagi kot.
Pada ramadan yang lepas gelanggang ada juga dikunjungi tapi tak ramai.Maklumlah bulan ramadan ramai yang berebut-rebut untuk mendekatkan diri dengan allah (mungkinlah kot).Tapi walauapa pun tahniah kepada ahli-ahli yang masih bersemangat untuk mempelajari ilmu allah ini.semoga semangat bergini sentiasa ada didalam hati ahli-ahli Lp seluruh Malaysia dan dunia.
Pada hari jumaat tersebut,gelanggang Lp Melaka telah menerima 4 0rang ahli baru.Diantara 4 orang ini,2 orang berbangsa cina.Mereka di kenalkan oleh salah seorang ahli LP Melaka iaitu saudara Rusdi(ganster kg tengah).Dashyat semangat yang ditunjukan oleh 2 pelatih berbangsa cina ini.saya memang sudah tahu kehadiran mereka pada hari tersebut,tapi saya tidak jangka yang mereka akan terus belajar pada hari itu.Mulanya saya fikir mereka hanya mahu melihat permainan ini sahaja.tapi saya agak terperanjat,selepas memperkenalkan diri dan bersalam dengan saya mereka terus menukar baju dan mengikuti latihan pada hari tersebut tanpa banyak cakap.
Sempat juga saya menunjukkan beberapa buah pukulan kepada mereka.Kagum dan bersemangat mereka bila melihat teknik-teknik pukulan dalam latihan Lp ini.Selamat datang dan selamat menjadi sebahagian keluarga Lian Padukan,saya ucapkan kepada Dainel dan Ah Wei.semoga anda berdua akan menjadi contoh yang baik kepada semua satu hari nanti.
Sebelum saya mengundurkan diri.Ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan sepejuangan saya cikgu Aeen dan cikgu Wana dalam penampilan terbaru mereka di majalah SB bulan oktober.Semoga kalian berdua akan menjadi contoh dan menjadi penyunting semangat kepada semua kaum Hawa diluar sana.
Ahad, September 12, 2010
selamat hari raya
Selamat hari raya aidilfitri...kepada semua.Saya rasa belum terlambat lagi untuk saya mengucapkannya.Memandangkan ini masih didalam bulan syawal saya juga ingin memohon beribu maaf kepada sesiapa yang pernah tersinggung dalam penulisaan saya.
Tahun ini saya beraya di Johor.Sempat juga saya beraya di rumah Ayahanda.lama dah tak jumpa beliau.Terubat jugalah rindu ni.saya juga tak melepaskan peluang untuk ke rumah abang long Lp(Din gondrong).Masa kerumah srikandi,cikgu Din Misai dari gelanggang Kelana Jaya serta keluarganya pun ada di sana.Selain tu cikgu Ata serta isteri dan juga Arif.
Sempat juga ayahanda menurunkan ilmu dalam kami berkunjung kerumah beliau.tak rugi lah kunjungan kami kesana.apa-apapun sekali lagi saya mengucapkan selamt hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua.
Isnin, Ogos 30, 2010
selamat menyambut hari merdeka
Salam...Sempena 31 Ogos ini saya mewakili Lp Melaka,mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53,kepada seluruh rakyat Malaysia.Tema tahun ini 1 Malaysia Menjana Transformasi.Semoga malaysia terus maju dan aman makmur.
Isnin, Ogos 09, 2010
salam ramadan...1431H
Bismillah....
Hujung dahan si limau bali,
Ditengah-tengah setandan kelapa,
Bulan Ramadan telah kembali,
Puasa,zakat,terawih jangan dilupa.
Salam ramadan 1431H...semoga ramadan kali ini dapat kita hadapi dengan penuh keinsafan dan ketakwaan.saya juga mewakili Lp melaka mengucapkan kepada semua warga Lp dan pengunjung-pengunjung blog LP melaka.
salam....
Hujung dahan si limau bali,
Ditengah-tengah setandan kelapa,
Bulan Ramadan telah kembali,
Puasa,zakat,terawih jangan dilupa.
Salam ramadan 1431H...semoga ramadan kali ini dapat kita hadapi dengan penuh keinsafan dan ketakwaan.saya juga mewakili Lp melaka mengucapkan kepada semua warga Lp dan pengunjung-pengunjung blog LP melaka.
salam....
Ahad, Ogos 01, 2010
madah be.......Lian
Dalam buah ada pukul dan pukul itulah buah.Siang tidak bermalam...Qiam tak duduk diam.Bila terpa tak lupa yang belakang,atas diumpan bawah dimakan.Sambut dua tanti satu...mestilah mendulu dan bertalu-talu.Tetap pegang pada yang satu,biar tak berkulat,tak dapat kualat.cepat,pantas laju perlulah padu,baru dapat yang seribu.Tak menepis tapi dilapis...jangan dipuja tak di hina,bukannya gila tapi berbisa.Bila kekiri bukan tarian...kiri dan kanan itulah lian.Sebelum pusing perlulah simpan,takut nanti ada yang kempunan.Sorong penumbuk,tepuk lengan...hujung dulu pangkal kemudian,biar dituju tak keruan.Baru tahu lelaki ke perempuan.Menyerang bukan...berdiri tak senang,gunakan akal dan hati yang tenang...barulah terang umpama bulan.Nombor satu sampai empat,bukan lupa tapi tak ingat.Kena kekal dalam ingatan...latihan yang berterusan harus dipadatkan.Peringkat ketiga jangan dilupa,baru tahu jasa tak berjasa...jangan sampai tak merasa.Kena kekal pada yang asal,baru tahu gabungan lian,taklah lian disia-siakan baru waras akal fikiran.Madah lian untuk tatapan,renung-renung dan fikir-fikirkan.setelah fikir...kupas-kupaskan.Inilah madah LIAN PADUKAN.
Langgan:
Catatan (Atom)