Ahad, Februari 19, 2012

mesyuarat Lp melaka 2012



Tarikh 14.feb.2012 selasa bertempat di gelangganng Lp,semabok melaka.Satu perjumpaan bersama ahli-ahli lian padukan melaka.Tujuan perjumpaan di adakan adalah untuk melantik ahli jawatankuasa baru Lp Melaka.Banyak pekara yang di bincangkan pada malam itu.



Barisan ahli-ahli jawatankuasa baru Lp melaka di ketuai saya sendiri sebagai pengerusi(kekal).Naib pengerusi di serahkan kepada En.Shariel.Di ikuti penasihat Lp melaka telah di sandang oleh En.faizal.Setiausaha telah diserahkan kepada En.Firdaus yang mengantikan En.zainal.Bendahari telah di pertanggungjawabkan kepada En.Hamdan yang mengantikan En.Asrul.Ketua jurulatih disandang oleh saya dan penolong jurulatih disandang oleh En.Fazil.




Sokongan padu sentiasa diberikan sepanjang mesyuarat berjalan,dan segala keputusan telah di persetujui oleh ahli-ahli lama dan baru.Mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam telah berakhir pada jam 11.00 malam.


Ribuan Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada Lp Melaka.Wasallam

Rabu, Februari 08, 2012

mandi penimbul di kota tinggi


Bertarikh 4&5 febuari 2012(sabtu&ahad)bersamaan 1 Rabiulawal 1433 H,Lian padukan telah membuat rombongan ke kota tinggi Johor.Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari ini telah membabitkan beberapa gelanggang Lian Padukan seluruh malaysia iaitu Kuala Lumpur,Selangor,Melaka,trengganu dan tuan rumah sendiri iaitu Johor.

Aktiviti ini bertujuan utuk mandi penimbul bagi ahli-ahli Lp yang bakal di khatamkan pada tahun ini(2012)pada bulan mei nanti.Kami bermalam di kota tinggi dengan mendirikan khemah.Kalau dah berkhemah tada BBQ tak seronok.Terima kasih tak terhingga kepada cikgu din misai dan isteri(kak ida)kerana bersusah payah menyediakan bahan-bahan untuk di BBQ kan malam itu.Cikgu sam dan cikgu din misai ni memang jaguh bab-bab camping rupanya.

Ayahanda dan isteri(kak fifi)juga hadir untuk bersama-sama memeriahkan malam BBQ.lepas acara mengisi perut masing-masing ada tugas sendiri.Ayah macam biasa potong limau untuk di mandikan oleh cikgu-cikgu dan ahli-ahli.Saya,cikgu sam giant,cikgu din gondrong,cikgu Ip man dan beberapa guru lain berbincang tentang Lian untuk di seragamkan.Cikgu azahar di tugaskan untuk menyampaikan pertua-pertua mandi penimbul.

Saya dan abang Din gondrong memang tak tidur malam tu.Lepas aje ayah habis potong limau saya terus mandi kat air terjun bersama-sama abang din gondrong dan beberapa ahli lain.Masa tu tak silap saya pukul 5 pagi.suasana gelap tapi penuh ketenangan.satu pengalaman yang tak dapat di lupakan mandi betul-betul bawah air terjun pukul 5 pagi.Lepas aje sembahyang subuh saya terus buat aktiviti yang tak asing lagi iaitu tidur sampai tak ingat.

Pagi tu saya bangun pukul 9 pagi,tengok ahli-ahli lain masih ramai yang tengah mandi penimbul.Ada juga yang sedang sarapan pagi.saya pun apa lagi perut dah lapar.
Satu aktivi yang menyeronokan.Memang elok di buat sebagai salah satu acara tahunan untuk Lian padukan.Bagi ahli-ahli yang tak dapat join kali ini jangan sedih lain kali kita buat lagi dasyat.
Akhir kata saya ucapakan ribuan terima kasih kepada ayahanda Lp,Dr.Hj.Hasyim Bin Hj.Salleh serta isteri(kak fifi)yang sentiasa menyunting semangat kepada ahli-ahli Lp seluruh Malaysia.Juga kepada cikgu din misai dan kak ida yang bersusah payah untuk memastikan setiap ahli-ahli semua kenyang.tak lupa juga untuk abang din gondrong(abang long)Lp dan isteri.akhir sekali cikgu-cikgu khatam iaitu di ketuai oleh cikgu Sam giant,cikgu Azahar,cikgu Aimi,cikgu Faizal,cikgu Wana,cikgu arif,cikgu jeff,cikgu Ip man dan cikgu sam kecik(avatar).dan tak lupa juga untuk johan atas kapal api...betu-betul kaw.

Khamis, Februari 02, 2012



video ni di muat turun oleh cikgu aeen(srikandi)semasa sy berkunjung ke rumah beliau

Rabu, November 30, 2011

al-fatihah

Hari ini rabu jam 5.00pm,30 November 2011 bersamaan 5 muharam 1433 hijrah telah kembalinya ke rahmatullah seorang tokoh dan guru buah pukol termahsyur Abd.rahman Majid a.k.a Pak Atan air batu di Kluang Johor.Al-fatihah...semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 orang yang soleh.

Khamis, September 29, 2011

rumah terbuka



Pejam celik,pejam celik dah belalu sebulan kita beraya.Sedar tak sedar tahun pun akan bertukar dalam beberapa bulan lagi.Dalam pada raya hari tu banyak juga rumah-rumah terbuka di buat.Di Melaka ni pun tak kurang hebatnya.Terlalu banyak jemputan demi jemputan untuk menghadari rumah terbuka hari raya.
Bertarikh 13 September 2011,bertempat di taman putra batu berendam Melaka,saya dijemput untuk memeriahkan rumah terbuka di rumah Dato guru Zaini(gayong Purba).Turut hadir pada malam itu ketua menteri Melaka(YAB Datuk Hj.Md.Ali Bin Rustam)serta guru-guru silat di seluruh negeri Melaka.
Ibarat menyelam sambil minum air,sesi berdailog bersama YAB turut diadakan.Demi memastikan perkembangan dari semasa ke semasa silat-silat di negeri Melaka ini.Majlis berlangsung sehingga pukul 1.30 am.

Ahad, September 11, 2011

menulis kembali

Assalamualikum....kepada semua pengunjung blog Lp Melaka.Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
Sudah agak lama saya tak menulis di dalam blog Lp Melaka ni...ingat di hati nak menyepi buat sementara waktu(bertapa).Tapi apakan daya ilmu belum cukup lagi.kang salah bawak isim pulak kang....(gurau je).
Sebenarnya sejak kebelakangan ni saya sedang berusaha untuk menyelami dan menghalusi lagi permainan yang saya pelajari selama bertahun ni.Rupanya banyak lagi teknik-teknik buah pukulan yang kita boleh ciptakan bila kita banyak mengkaji tentang buah pukul ni.Memang seronok bila dapat mempratikkan buah-buah baru dan di ajarkan kepada pelatih-pelatih baru.Lagi seronok bila melihat pelatih-pelatih dapat melakukannya dengan sempurna.
Seperti yang pernah di beritahu oleh ayahanda,buah pukulan ni sebenarnya boleh dipecahkan kepada beribu-ribu buah.Cuma kita nak atau taknak je memperhalusinya.Tapi kalau kita rajin tiada apapun yang mustahil.
Oleh itu pesanan saya renung-renungkan dan selamat beramal....wassalam.

video