Ahad, Julai 25, 2010

kaji.

bismillah...

siapa kata bila dah khatam kita hebat..?siapa kata bila dah hebat tak perlu lagi belajar..?siapa rasa bila telah tamat belajar tak perlu lagi setia..?tolong jawapkan pucuk pangkal hati.kalau ikut hati mati kalau ikut rasa binasa.orang yang hebat ialah orang sentiasa merasa dirinya kurang.tetapi orang yang tidak henti-henti membuat kejahatan dan sentiasa melihat kelemahan orang lain adalah orang yang tidak berguna.tidak kira siapa kita atau dari siapa keturunan kita,tetapi selagi kita sentiasa iri hati dan dendam-mendendami selagi itulah kita belum layak digelar orang yang bagus.(bukan bagus sangat)
Jika kita benar-benar ingin menjadi hebat,carilah orang yang benar-benar hebat dan belajar darinya.tapi setakat belajar sahaja tanpa taat pun tiada gunanya.(sami na wa ata na)dengar dan patuh.bukan baru cakap sepatah dah melenting tak tentu pasal.(man jadda wa jadda)siapa berhajat mereka mendapat.tapi kenalah taat.dan bukannya bila dah khatam kita dah cukup hebat.
jadi terpulang pada diri masing-masing.nak jadi ular atau naga sendiri pilih.tepuk dada tanya selera....salam.

Jumaat, Julai 23, 2010

kenangan semalam....

salam....
Lama dah saya tak tulis dalam blog Lp Melaka.sampai ada ahli tanya napa blog LP Melaka senyap je cikgu....???Sebabnya saya penat dan malas....!!!hahaha.Bukanlah,sebab saya tada banyak masa sekarang nak menghadap computer lama-lama.
Tapi dalam hati ni melonjak-lonjak,macam-macam nak tulis.semalam saya tengok blog cikgu Aeen(SRIKANDI LP),...wah!cikgu aeen telah menyingkap kisah silam saya.mana ntah dia dapat gambar2 lama saya ntah...dah lama tu.saya pun tada simpan gambar2 tu semua.Pengalaman lama membuat hati saya ingin kembali kepada asal...tapi apakah daya.Kalau boleh undurkan balik masa tu mesti best.
Zaman tu sekitar tahun 1997-1998 lebih kurang.tu semua gambar generasi kedua murid2Ydp.selepas zaman cikgu din Gondrong(ABG LONG LP).Cikgu Gondrong adalah generasi pertama.Dan beliau adalah murid yang pertama sekali Khatam istiadat dengan Ydp.Saya adalah yang ketiga selepas saudara Azizi(Khatam).
Masa zaman dalam gambar tu saya masih berumur sekitar 24 tahun.masa tu darah masih muda sangat.semua benda nak cuba.First time masuk olaraga...konon nak cari pengalaman...(pancit).first round bolehlah kitai budak2 tu masuk round kedua separuh sedar.Round ketiga....hahaha!tanya Ydp.Nasib menang masa first game(Bangga).Bila suku akhir dah kena jumpa champion.(Rizal)juara malaysia.Round pertama macam biasa,kitai habis2.Tapi budak tu stimina dia cukup tinggi.kaki dia pun pun laju jugak...bukan takat laju tapi berserta padu....pehhh!(champion malaysia).agaknya kalau semangat saya tak kuat memang mengalah first round lagi.saya kalah dalam saingan tu.Dia ada pengalaman+stimina+skill.
Tapi kenangan yang paling best sekali bila lepas game tu Arwah Pak Mat Kedidi pergi shauna dengan kita orang..hahaha!kelakar tul masa tu. arwah Pak Mat kedidi masa tu memang rapat dengan murid-murid ayahanda Haji Hasyim.Tapi semuanya tinggal kenangan je bagi saya.(sedih).
lepas olaraga tak sampai beberapa bulan pas tu...ayahanda beritahu saya yang saya dah layak di khatamkan...macam tak percaya je.ialah saya rasa banyak lagi saya belum tahu masa tu tentang buah pukul yang sebenarnya.banyak sangat yang saya nak kena belajar.umur pun masih terlalu muda.Tapi bila tengok ayahanda bersungguh-sungguh nak khatamkan saya...saya angkur je.
Masa khatam Ayahanda ada pesan nanti satu hari saya mesti ada anak murid...tak kira siapa walaupaun anak saya sendiri.Saya kurang faham maksudnya...???Tapi hari ini ayat yang ayahanda pesan pada saya masih bermain-main ditelinga.dan saya telah faham maksudnya...dan mengapa.
Banyak lagi kenangan-kenangan bersama ayahanda dan Lianpadukan dan jugak Pakmat Kedidi.kalu cerita tak habis.tapi walau macamana pun saya ucapkan terima kasih pada cikgu Aeen kerana bersusah payah mengimbau semula kenangan-kenangan saya.moga-moga Lian padukan terus berkembang dan tak lapuk dek zaman....amin...!

Khamis, Julai 01, 2010

katak oh katak



Ada sebuah bukit.diatas bukit ada sebatang bendera.dibawah bukit pula ada lima ekor katak yang ingin mendapatkan bendera tersebut.Katak pertama mendongak dan berkata didalam hati..."terlalu tinggi bukit ini.mungkin aku tak mampu dan tidak akan berjaya mendapatkannya".kemudian dihasut pula katak kedua untuk tidak memanjat bersama-samanya.katak kedua tadi telahpun termakan hasutan katak pertama tadi dan tidak memanjat bukit tersebut.sekarang hanya tinggal tiga ekor sahaja katak yang akan memanjat bukit tersebut.
Katak ketiga,keempat dan kelima pun memulakan XPDC memanjat bukit.Tiba di pertengahan bukit,tiba-tiba katak ketiga bersuara..."ah!aku dah terlalu penat dan tak mampu lagi untuk meneruskan.aku rasa lebih baik aku turun dan berehat bersama-sama katak pertama dan kedua dibawah".Apabila melihat gelagat katak ketiga membuat keputusan untuk tidak meneruskan...katak keempat pun turut serta dan turun semula kebawah.
Kini tinggal katak kelima sahaja yang meneruskan xpdc tersebut.katak kelima sudah terlalu penat tapi dikuatkan juga semangat dan kecekalannya.akhirnya katak kelima telah sampai di puncak bukit.kemudian katak kelima tersebut mencabut bendera dan di bawa turun kebawah.
sampai di bawah,kempat-empat katak tadi bertanya apa perasaan dan bagaimana katak kelima tadi mampu mencapai hingga ke puncak bukit.katak kelima tadi hanya diam dan berlalu sahaja dari situ sambil membawa bendera.



bergitulah lumrah hidup di sekeliling kita...kadang-kadang belum mencuba kita dah pun mengalah macam katak pertama tadi.dan kerana hasutan juga,kita sanggup membelakangi agama dan bangsa.seolah-olah kita hidup untuk selama-lamanya.Bagaimana pula dengan katak ketiga yang hanya angan-angan mat jenin dan katak keempat yang hanya tahu mengikut apa sahaja yang orang lain buat....fikir-fikrlah.jadi the end of the story ni sebenarnya katak kelima tadi sebenarnya seekor katak pekak dan bisu.sebab tu dia tak pernah kisah apa-apa yang belaku disekelilingnya.dan hanya satu ....iaitu mencapai matlamatnya...sekian.