Khamis, Julai 01, 2010

katak oh katak



Ada sebuah bukit.diatas bukit ada sebatang bendera.dibawah bukit pula ada lima ekor katak yang ingin mendapatkan bendera tersebut.Katak pertama mendongak dan berkata didalam hati..."terlalu tinggi bukit ini.mungkin aku tak mampu dan tidak akan berjaya mendapatkannya".kemudian dihasut pula katak kedua untuk tidak memanjat bersama-samanya.katak kedua tadi telahpun termakan hasutan katak pertama tadi dan tidak memanjat bukit tersebut.sekarang hanya tinggal tiga ekor sahaja katak yang akan memanjat bukit tersebut.
Katak ketiga,keempat dan kelima pun memulakan XPDC memanjat bukit.Tiba di pertengahan bukit,tiba-tiba katak ketiga bersuara..."ah!aku dah terlalu penat dan tak mampu lagi untuk meneruskan.aku rasa lebih baik aku turun dan berehat bersama-sama katak pertama dan kedua dibawah".Apabila melihat gelagat katak ketiga membuat keputusan untuk tidak meneruskan...katak keempat pun turut serta dan turun semula kebawah.
Kini tinggal katak kelima sahaja yang meneruskan xpdc tersebut.katak kelima sudah terlalu penat tapi dikuatkan juga semangat dan kecekalannya.akhirnya katak kelima telah sampai di puncak bukit.kemudian katak kelima tersebut mencabut bendera dan di bawa turun kebawah.
sampai di bawah,kempat-empat katak tadi bertanya apa perasaan dan bagaimana katak kelima tadi mampu mencapai hingga ke puncak bukit.katak kelima tadi hanya diam dan berlalu sahaja dari situ sambil membawa bendera.



bergitulah lumrah hidup di sekeliling kita...kadang-kadang belum mencuba kita dah pun mengalah macam katak pertama tadi.dan kerana hasutan juga,kita sanggup membelakangi agama dan bangsa.seolah-olah kita hidup untuk selama-lamanya.Bagaimana pula dengan katak ketiga yang hanya angan-angan mat jenin dan katak keempat yang hanya tahu mengikut apa sahaja yang orang lain buat....fikir-fikrlah.jadi the end of the story ni sebenarnya katak kelima tadi sebenarnya seekor katak pekak dan bisu.sebab tu dia tak pernah kisah apa-apa yang belaku disekelilingnya.dan hanya satu ....iaitu mencapai matlamatnya...sekian.

2 ulasan:

  1. Salam Cikgu Boy..begitulah manusia disekeliling kita.Ramai yang buat keputusan yang sama seperti katak 1,2,3&4 apabila menempuh cabaran serta dugaan.Lebih mengambil langkah tunggu & lihat.Tidak ramai yang seperti katak ke-5..Org yg berjaya org yang cekal,semangat waja,tak kenal erti kekalahan walaupun jatuh digagahi bangun semula.Cerita katak ini bagus diceritakan kepada semua orang dalam memotivasi diri..Jangan lupa datang KL jika ada kelapangan..Kita pekena nescafe di Kelana Jaya.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama01 Julai, 2010

    salam...t.kasih tuan laksamana.insallah ada umur kita jumpa.sebenarnya cerita ni pun sy dpt dari somebody.skrg dah bergelar jutawaan dah org tu.dia cerita kat sy.jadi kita kongsi sama-sama.tak rugi ilmu dikongsi...yg penting kejujuran.

    BalasPadam