Isnin, Januari 31, 2011

Ahad, Januari 30, 2011

LP hari ini @ Mhi TV3



Salam....alhamdulilah bersyukur saya kepada Allah,kerana dengan izinnya saya masih lagi mampu untuk menulis blog Lp Melaka hari ini.Telahpun berlalu bulan Januari bagi tahun 2011.Bergitu cepat masa hinggakan saya sendiri pun tidak perasaan yang kita telahpun menghampiri bulan Febuari.Tetapi bangga saya rasakan,kerana pada tahun ini Lian Padukan bermula dengan permulaan tahun yang amat baik sekali.Memang kita tidak menyangka sesuatu yang akan berlaku.Segalanya dari izinnya.
Bermula dengan langkah kanan.Lian padukan terus melangkah dengan megahnya di atas pentas persada senibeladiri.Hari ini terus-terang saya katakan yang saya bangga menjadi salah seorang ahli di dalam permainan buah pukul Lian padukan ini.Di bawah tunjuk ajar Ayahanda Hj.Hasyim B. Hj. Salleh selama 15 belas tahun sehingga ke hari ini.
Dari suratkhabar berbahasa Inggeris(NST),Lian Padukan ke suratkhabar berbahasa melayu(utusan Malaysia)dan akhirnya Lian padukan berjaya membuka mata rakyat Malaysia apabila berjaya menonjolkan diri di televisyen melalui saluran kegemaran ramai tv3,di dalam rancangan Mhi.Yang bertarikh 26 hb januari 2011.
Doa saya semoga Lian Padukan dan ahli-ahlinya bertambah maju dan terus berkembang.Dan segala tomahan serta kritikan selama ini kepada Lian padukan,akan kami jadikan sebagai satu kata-kata semangat untuk terus maju dan maju di masa-masa akan datang....amin