Jumaat, Januari 29, 2010

KATA2 PUJANGGA PENDITA.....

Salam.....

" PAT-PAT SIKU LIPAT,SIAPA TAAT DAPAT.....
RAHMAT,SYAFAAT DAN BERKAT."

" PAT-PAT SIKU LIPAT,SIAPA KHIANAT DAPAT....
LAKNAT,TAK SELAMAT DUNIA AKHIRAT."

" PAT-PAT SIKU LIPAT,
SIAPA CEPAT DIA DAPAT."

" PAT-PAT SIKU LIIPAT,
DUA GERAK TIGA RUAT,"

" PAT-PAT SIKU LIPAT,
DIAM,GERAK,GAYANG,RUAT,"

" PAT-PAT SIKU LIPAT,
JURUS SATU SAMPAI EMPAT,"

" PAT-PAT SIKU LIPAT,
LIAN ITU SEBAGAI SYARAT...
SUPAYA SILATURAHIM MENJADI ERAT."

Ingat selalu pesan guru...hendaklah mendulu jangan menunggu,biar bertalu2 agar tak tuwalu.Pandang satu nampak semua,pandang semua nampak satu.Berdirilah dengan jaga takkala takut yang satu,wujud perasaan sejati.....wassalam

Sehari Bersama LP Melaka - Siri 03


Pulas Kepala Ular Lidi

Khamis, Januari 28, 2010

Wooden Dummy

Asalamualaikum semua,
Utk cikgu boy, amcm wooden dummy ni, ok tak?

PESANAN DARI AYAHANDA LP....

Salam....

Ayahanda Guru Haji Md.Hashyim Bin Haji Salleh adalah yang dipertua Lian Padukan.Beliau merupakan guru yang mengajar saya dari tak tahu bertumbuk sehingga tahu.Walaupun pada mulanya saya diajar oleh saudara Azizi tetapi saya telah dikhatamkan oleh beliau(ayahanda).Alhamdulilah sehingga kini beliau tak pernah jemu untuk mengajar saya dengan kefahaman2 dan pertua2.

Rasa sayang dan kasih saya kpd beliau tak pernah luntur.Beliau merupakan orang yang sentiasa memberikan kata2 semangat dan sokongan dan sentiasa berdiri dibelakang saya....rugilah mereka2 yang pernah mengkhianati dan menderhakai beliau

Dari itu saya ingin berkongsi bersama2 anda semua petikan2 perkataan yang pernah dikongsi bersama2 saya daripada beliau......


* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
NAK MENGENA TAKNAK KENA....
DEMIKIAN PEGANGAN LIAN PADUKAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
LAPIS IKUT MANA SERUPA....
MAKAN BELAKANG,DEPAN,KIRI,KANAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
BILA TERPA TEKAN LENGAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
PANTANG LEKA JANGAN KESIAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
MAKAN PERCUMA JANGAN KEMPUNAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
SENTIASA CEGA DAN CURIGA,WASAPADA...
JANGAN SAMPAI DILALAIKAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
BERCITA2 ITU MULIA TAPI....
BERANGAN2 ITU MERUGIKAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
WALAU BERBEZA CARA DAN GAYA...
NAMUN TETAP KELUARGA LIAN PADUKAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
INILAH PESANAN AYAHANDA......
LIAN PADUKAN *

SENJATA LAPAN,GAYANG LIMA....TAK LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA.....WASSALAM

Para pelapis LP Melaka

Kesinambungan sesuatu oraganisasi amat penting. Atas kesedaran tersebut LP Melaka merangka program untuk mewujudkan palapis-pelapis untuk masa hadapan. Buat masa ini LP Melaka mempunyai empat orang pelapis cilik (seorang tidak hadir).
Betapa serius mereka berlatih dibawah tujuk ajar cikgu mereka.

Lihatlah para pelapis ini mereka semua mempunyai bakat dalam LP.

Rabu, Januari 27, 2010

Terima kasih.....

Salam....

Alhamdulilah setelah tamat pogram sehari bersama LP Melaka hujung minggu haritu, banyak yang mengucapkan tahniah kpd LP melaka. Respon2 yang diberikan pengunjung blog juga amat baik.Terima kasih saya ucapkan kpd semua,tanpa anda semua siapalah LP Melaka.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada ayahanda, ahli2 LP Melaka, Cikgu Hisham Giant, Cikgu Aimi Trg kita, En.Ibrahim yg banyak membantu utk blog LP Melaka dan semua yang sentiasa menyokong LP Melaka dari belakang.

Untuk tidak menghampakan semua kami, warga LP Melaka akan sentiasa memberikan yang terbaik. Jika ada yang ingin diketengahkan sila bagi cadangan.....wassalam.

Selasa, Januari 26, 2010

Ip Man OST - 30 Maestro



cikgu boy, ape kate nanti demo utk akan datang pakai lagu-lagu dalam cite ip man. ok tak?

Sehari Bersama LP Melaka - Siri 02


Junam Kepala dalam Pasir

Teknik ni nama dia potong wajik/buah seberang....

Isnin, Januari 25, 2010

Sehari Bersama LP Melaka - Siri 01


Ular Lidi Belasah Naga

Video Sehari Bersama LP Melaka telah dijenamakan OneLPMelaka.

Siri yang pertama ini dinamakan Ular Lidi Belasah Naga

Ahad, Januari 24, 2010

SEHARI BERSAMA LP MELAKA

Salam....

HARI INI DLM SEJARAH.Saya rasa itulah yg dpt saya nyatakan dlm blog LP Melaka kali ini.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak t.kasih kpd ahli2 Lp Melaka terutama En.Ibrahim diatas kerjasama dan susah payah beliau menyediakan makanan utk ahli2 LP Melaka....Sedap tau rugi siapa tak rasa.

Cuaca agak terik juga hari ini tapi saya cukup rasa berbangga dgn ahli2 LP Melaka,mereka memberikan kerjasama yang sepenuhnya kpd pogram hari ini.Sampai naik gelap kulit,panaslah katakan tepi laut pulak tu.Tapi diorang ni makin panas makin seronok pulak saya tengok.


Mungkin akan dtg saya akan mengadakan lagi prgm seperti ini.Planing dah ada cuma nak cari lokasi dulu kat mana yang sesuai.Mungkin kali ini bukan kat tepi pantai lagi.Jadi tunggu aje ler kekawan semua.Kalau ada LP dari luar Melaka nak join lagi bagus.Dptlah kita mengeratkan lagi siratulrahim sesama kita...harap2 bergitu.

Jadi seblum saya mengundur diri dan menamatkan bicara sekali lagi saya mengucapkan berbanyak t.kasih kpd semua yg memberikan kerjasama dan nantikan demo2 yang akan ditonjolkan.Pasti lebih Xtrem......wassalam

SEHARI BERSAMA LP MELAKA


Asalamulaikum semua, saya sangat berbangga dengan usaha cikgu boy yang sentiasa berusaha memberikan tunjuk ajar yang terbaik kepada anak-anak buahnya.

Teruskan usaha cikgu dan rakan-rakan seperjuangan.untuk sahabat semua jangan malas berlatih.

Sehari Bersama LP Melaka


Hari ini Ahad 24 Jan 2010, ahli-ahli Lian Padukan Melaka telah membuat perjumpaan di tepi laut Padang Temu Indah, Melaka.


Pertemuan bertujuan untuk mewujudkan silaturahim antara ahli. Sessi demo, bergambar dan youtube shooting telah dijalankan dengan jayanya dibawah terik matahari jam 11.30am pagi hingga 12.30 tengahari.

Beberapa masalah teknikal telah berlaku maklumlah semuanya juru gambar dan juru video amatur. Walau apapun hasilnya kita nantikan siri-siri foto dan video sehari bersama LP Melaka.

Untuk tidak menghampakan peminat blog LP Melaka, kami persembahkan satu demo video yang amat hebat yang kami namakan Demo Patah Tengkuk.



PERHATIAN:Tolong jgn tiru aksi ini tanpa jurulatih2 yg terlatih dan bertauliah
Teknik ini dikenali dgn nama RACIK......

Sabtu, Januari 23, 2010

Historical Background of Lian Padukan

The man responsible for bringing the art from Yunnan Province in China to the Malay states was called Syed Abdul Rahman Al-Yunani. A Chinese Moslem with Arab blood he came to Singapore in 1836 perhaps to work or trade.

What did happen, however, was that after he had settled in Singapore he came to the attention of the Sultan of Johor. This came about when he got involved in a dispute with a rickshaw-puller. What started as an argument soon turned into a full-blooded fight with Syed Abdul taking on not just one rickshaw man but six! That he trounced all six was evidence of the extremely high level of martial arts skill that he had acquired but what was truly amazing was that at the time he was already old with some reports stating his age as being more than eighty.

It is hardly surprising then that the Sultan came to hear of this amazing old man. Wanting to assess the veracity of these stories for himself the Sultan sent his two most highly-skilled bodyguards over to Singapore to test the veteran fighter. When they too were trounced Syed was recruited to come and live in the Sultan's palace and teach member of the Royal Household.

This palace was located in Mersing and it was here that the art spread amongst the local people gaining a reputation as an effective fighting art. Here it became known as Buah Pukul Mersing.
The art in its current form has been standardised and organised by the Head Teacher Haji Mohd. Hasyim of Johor Bahru. Haji Hasyim has taken the myriad of forms and techniques that constituted the art he was taught by his teacher and synthesised them into just twenty forms, divided into five levels.

Reference: Silat Warrior. Issue Autumn 2001

Jumaat, Januari 22, 2010

Silat Lian Padukan Martial Art of the 21st Century

by Nigel Sutton

In recent years the Malay martial art of silat has become more and more popular although it is probably fair to say that more people in the West are aware of the art in the variants practised in Indonesia. The art that is the subject of this book, however, is one of the five hundred or so different styles that may be found in what is now modern-day Malaysia.

While many styles of silat are characterised by their flowery dance-like movements which disguise the effective applications hidden within them, Lian Padukan is a direct, no-nonsense style and what you see is very much what you get.

The unique nature of Lian Padukan is in no small part due to the combination of its history and the pioneering and innovative spirit of some of its leading masters. This is particularly true of the man who gave the art its present name Pak Mat Kedidi and his successor the currentlineage holder Mohammed Hasyim Salleh.

Lian Padukan in its present form is a systematic method for close-quarter combat, based on clear principles, which are developed through a logical and coherent training process. Divided into five levels Lian Padukan teaches the exponent first how to use the various weapons of the human body, how to entice the opponent into attacking and then to deliver devastating counters. The Lian Padukan practitioner delivers a continuous barrage of techniques until the opponent is completely demoralised and unable to continue.

The weapons of Lian Padukan, as befits an art developed and used by law enforcement officers such as Pak Mat Kedidi, are the short stick, the long staff and the metal truncheons (known in Japanese as the sai). These weapons can all be used to subdue even a knife or parang-wielding opponent without necessarily doing permanent or fatal damage. Furthermore the principles of their use may be applied to a large number of objects found in a typical everyday environment; for example an umbrella for the short stick, a broomhandle for the staff, or rolled up newspaper for the iron truncheon.

That Lian Padukan is very different from other styles of silat is perhaps explained by its unique history which has resulted in a blend of Chinese boxing methods, native Malay silat and the Tomoi, Thai boxing style of Southern Thailand. Along the way all that is superfluous or wasted in the form of movement or technique has been dropped away leaving a direct, sophisticated fighting system.
Nigel Sutton

Reference: Silat Warrior. Issue Autumn 2001

Khamis, Januari 21, 2010

Rabu, Januari 20, 2010

Satu

salam...Di dalam permainan buah pukul jurus satu itu amat penting.Jurus ini juga dikenali sebagai jurus titi sebatang.Tanpa jurus satu pelatih tidak akan dapat melakukan jurus dan lian yang seterusnya.Jurus ini juga boleh dianggap sebagai guru kepada pelatih-pelatih.Ingat terdapat tiga perbuatan penting dalam satu pergerakan iaitu titik,perisai dan penumbuk.Sekiranya ditambah dengan kaki(melangkah) ia menjadi empat perbuatan.Dengan memahami jurus satu ini pelatih boleh memecahkan kepada seribu buah, tapi dengan kesungguahan dan keiklasan yang terbit dari hati.

"Saya tidak akan takut kepada orang yang mempunyai seribu gaya jurus tetapi hanya berlatih satu kali sahaja sehari....tetapi saya takut kepada orang yang mempunyai satu gaya jurus dan berlatih seribu kali sehari..." itu lah kata-kata Bruce Lee ketika hayatnya.Jadi dari petikan ini kita sendiri boleh menilai untuk kita renungkan bersama....


SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
MAJLIS MAKAN KITA DATANG
DISURUH BUAT JURUS KITA LARI

Majlis Khatam Lian Paduakan 2009 - Demo Lian

Selasa, Januari 19, 2010

Peringkat Pembelajaran Lian Padukan

Lian Padukan mengandungi empat pergerakan asas yang dipanggil Jurus yang mengajar teknik-teknik menggunakan perisai, penumbuk, siku, lutut dan kaki. Perisai adalah teknik yang dikembangkan oleh Pak Mat dalam bentuk yang tidak terdapat dalam Buah Pukul asal.

Perisai adalah penggunaan tangan pepisau dalam kedua-kedua pergerakan menyerang dan menangkis untuk menyekat pergerakan lawan secara berkesan dan kebolehan menahan sama ada dalam keadaan pergerakan terus kehadapan ataupun pergerakan menyamping dalam atau luar. Perisai adalah salah satu daripada teknik yang paling penting dalam Lian Padukan dan digunakan pada semua peringkat pelajaran dan kemahiran.

Setelah selesai peringkat Jurus, penuntut akan naik ke peringkat Lian. Dalam Buah Pukul Lian bermaksud pergerakan atau pattern, sama seperti konsep ‘kata’ dalam karate atau gaya dalam seni beladiri Cina.

Terdapat empat peringkat Lian dengan setiap peringkat mengandungi empat Lian untuk dikuasai. Pada peringkat Lian, penuntut diperkenalkan kepada teknik-teknik dan aplikasi-aplikasi tertentu yang berkaitan dengan setiap Lian. Tahap kemahiran penuntut akan meningkat sewaktu memahirkan diri dengan Lian.

Dalam Lian, penuntut mempelajari teknik-teknik dan taktik-taktik seperti Rebut (mematahkan pertahanan lawan), Reju (tekanan berterusan ke atas lawan), Turut (mengikut arah pergerakan lawan), Titik (mematahkan serangan tangan lawan) dan Makan Gerak (serangan memotong gerak lawan).

Peringkat Jurus
1. Jurus Satu (Tumbuk)
2. Jurus Dua (Siku)
3. Jurus Tiga (Lutut)
4. Jurus Empat (Kaki)

Lian Peringkat 1 (Lian Gelek 2 belah)
1. Lian Selak Panjang
2. Lian Siku
3. Lian Singkap
4. Lian Selak Pendek

Lian Peringkat 2 (Lian Reju)
5. Lian Reju
6. Lian Tangkap Tembung
7. Lian Badik
8. Lian Cangkul

Lian Peringkat 3 (Lian Tumbuk Mengambil)
9. Lian Lintang
10. Lian Sepak Yim
11. Lian Kwantung
12. Lian Kopak

Lian Peringkat 4 (Lian Pagar)
13. Lian Pagar Simbuh
14. Lian Pagar Tedung Berlipat
15. Lian Pagar Semutar
16. Lian Gulung

Rujukan: Laman Web Lian Padukan

Rabu, Januari 13, 2010

Demo Hari Pahlawan Melaka 2009 - LP Tempur Berpasangan

\


Demo dari saudara Asrul (badan besar) N saudara Hafis. Mereka adalah murid pertama yang belajar dibawah tunjuk ajar c.boy.

Ahad, Januari 10, 2010

Demo Hari Pahlawan Melaka 2009 - LP Tiga Lawan Satu




sebenarnya masa buat demo ni kami tak rancang apa2 sebab masa terlalu suntuk. Jadi kami buat mana yang termampu je.

Selasa, Januari 05, 2010

Variasi Lian

Terdapat beberapa variasi Silat Lian di Malaysia.





























Sila beri komen jika ada variasi yang lain atau variasi yang saya nyatakan kurang tepat. Apa komen anda?

Isnin, Januari 04, 2010

Sejarah Lian Padukan

Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunan, China. Maka, ianya bukanlah seratus peratus silat Melayu. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia. Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.

Berita itu sampai ke pengetahuan istana Johor ketika itu, lalu pengawal peribadi baginda Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu untuk bersama-sama menguji kehebatan Syed Abdul Rahman.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, akhirnya Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka dan kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.

Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.

Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.

Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).

Ahad, Januari 03, 2010

Blog Lian Padukan Cawangan Melaka



Alhamdulillah....saya bersyukur kpd Allah swt dgn izin nya berjaya juga blog utk Lian Padukan Cawangan Melaka ini disiapkan. Terlebih dahulu saya ucapkan t.kasih kpd semua yg memberi sokongan terutama yg dipertua Lian Padukan Hj Md Hashim bin Hj Salleh, ckg2 lian padukan dan ahli2 yg masih setia bersama Lian Padukan sebelum saya menamatkan kata, mohon maaf saya pinta kpd semua...wassalam


ukuran jangka perlu dipelajari,
baru diketahui syarat berdiri.