Rabu, Januari 20, 2010

Satu

salam...Di dalam permainan buah pukul jurus satu itu amat penting.Jurus ini juga dikenali sebagai jurus titi sebatang.Tanpa jurus satu pelatih tidak akan dapat melakukan jurus dan lian yang seterusnya.Jurus ini juga boleh dianggap sebagai guru kepada pelatih-pelatih.Ingat terdapat tiga perbuatan penting dalam satu pergerakan iaitu titik,perisai dan penumbuk.Sekiranya ditambah dengan kaki(melangkah) ia menjadi empat perbuatan.Dengan memahami jurus satu ini pelatih boleh memecahkan kepada seribu buah, tapi dengan kesungguahan dan keiklasan yang terbit dari hati.

"Saya tidak akan takut kepada orang yang mempunyai seribu gaya jurus tetapi hanya berlatih satu kali sahaja sehari....tetapi saya takut kepada orang yang mempunyai satu gaya jurus dan berlatih seribu kali sehari..." itu lah kata-kata Bruce Lee ketika hayatnya.Jadi dari petikan ini kita sendiri boleh menilai untuk kita renungkan bersama....


SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
MAJLIS MAKAN KITA DATANG
DISURUH BUAT JURUS KITA LARI

1 ulasan:

  1. Asalamualaikum,
    Tabik hormat saya kepada Cikgu Boy diatas usaha dan kegigihan beliau dalam usahanya untuk melebarkan sayap Lian Padukan khususnya di Melaka. Dan dengan keizinan Allah tercapai juga hasrat beliau mewujudkan blog ini yang membolehkan kita berkongsi pengalaman dan dapat menghubungkan sesama insan di seluruh dunia mengenai ilmu pertahanan diri. Cikgu Boy mempunyai matlamat yang murni dan tidak mustahil Lian Padukan akan menjadi pilihan dikalangan generasi pesilat Malaysia di masa hadapan. Semoga Allah memberkati dan merahmati kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu ini untuk dimanfaatkan. Terima Kasih.

    BalasPadam