Ahad, April 15, 2012

malam pendekar






Tanggal 13hb April bersamaan 21jamadilawal 1433h bertempat di Dataran Pahlawan melaka,telah di kumpulkan seluruh persilat-persilat di seluruh negeri Melaka.Jumlah yang di sasarkan seramai 3000 persilat.Seramai 45 perguruan telah menghantar ahli masing-masing.

Malam tersebut di buat Khas untuk menghargai jasa guru-guru silat yang banyak berjuang demi menaikan mertabat silat warisan nenek moyang orang-orang melayu.Demi mengenang jasa tersebut seramai 45 guru silat telah menerima ANUGERAH PENDEKAR NEGERI MELAKA.

Satu suntikan baru untuk guru-guru silat seluruh negeri Melaka untuk terus memperjuangkan silat di mata dunia.Memanag sesuai dengan nama dan sejarahnya yang memang terkenal dari dahulu lagi bahawa bumi Hang Tuah ini memang mempunyai ramai guru_guru yang hebat.Umpama landasan telah pun di buat,hanya perlu melaluinya sahaja untuk meletak nama silat terus terkenal di persada dunia.

Sebagai salah seorang dan persatuan yang baru dikembangkan 3 tahun di bumi Melaka ini.Lian Padukan Melaka turut di anugerahkan sebagai pendekar negeri melaka.saya akui memang saya amat sukar untuk melaluinya dalam tempoh 3 tahun ini.Hanya bermula dengan 6 orang ahli dan kini Lian padukan Melaka telahpun mempunyai seramai 80 orang ahli di bumi melaka ini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang banyak membantu hingga Lian padukan Melaka kini telah pun dikenali hampir keseluruh negeri Melaka.Dan terima kasih juga di atas peranugerahan yang diberikan untuk meletakan Lian Padukan sebaris dengan silat-silat yang berada di Melaka ini.

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama07 April, 2013

    Salam Cikgu Boy, kenapa tak masukkan perguruan silat Lian Padukan ni di sekolah-sekolah negeri Melaka? Kalau buat camtu dapatlah kembangkan lagi perguruan cikgu kat negeri melaka ni.=]

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama07 April, 2013

    insyallah....akan saya usahakan

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam