Ahad, Mei 22, 2011

kunjungan YDp ke elaka




Salam...lama sudah saya tak menulis di dalam blog Lp Melaka ni.Banyak kerja menyebabkan saya tak boleh terlalu lama di depan komputer.Apa khabar semua pengunjung blog Lp Melaka....?
Baru-baru ni Ayahanda Hj Hasyim (YDP) ada datang mengunjungi gelanggang saya di Melaka.Kehadiran beliau di sambut gembira oleh ahli-ahli di Melaka.Cikgu sam giant ada turut serta dalam kunjungan tersebut.Memang kebetulan ayahanda berada di KL,jadi ayahanda datang berdua sahaja dengan cikgu sam giant.
Pada hari tersebut,ayahanda ada mengenalkan kepada saya seorang senior buah pukul.Beliau adalah murid pertama yang mula-mula belajar di bawah tunjuk ajar Pak Mat Kedidi.Beliau di panggil dengan panggilan Pak Jasni.Belajar di bawah tunjuk ajar Pmk sekitar tahun 1975.Masa tu Pmk baru di pindahkan ke IPk Johor Bahru.Beliau juga bekas seorang pesara KDRM di negeri Johor.
Kini pak Jasni menetap di serkam Melaka.Menurut dari cerita beliau,Pak Jasni juga pernah berguru di bawah tunjuk ajar seorang guru aliran buah pukul yang menetap di Batu Pahat(Pak Raja Ali).
Insyallah kalau ada kelapangan nanti saya akan menulis satu artikel mengenai perjalanan kehidupan Pak Jasni.Jumpa lagi...salam.