Khamis, Januari 28, 2010

PESANAN DARI AYAHANDA LP....

Salam....

Ayahanda Guru Haji Md.Hashyim Bin Haji Salleh adalah yang dipertua Lian Padukan.Beliau merupakan guru yang mengajar saya dari tak tahu bertumbuk sehingga tahu.Walaupun pada mulanya saya diajar oleh saudara Azizi tetapi saya telah dikhatamkan oleh beliau(ayahanda).Alhamdulilah sehingga kini beliau tak pernah jemu untuk mengajar saya dengan kefahaman2 dan pertua2.

Rasa sayang dan kasih saya kpd beliau tak pernah luntur.Beliau merupakan orang yang sentiasa memberikan kata2 semangat dan sokongan dan sentiasa berdiri dibelakang saya....rugilah mereka2 yang pernah mengkhianati dan menderhakai beliau

Dari itu saya ingin berkongsi bersama2 anda semua petikan2 perkataan yang pernah dikongsi bersama2 saya daripada beliau......


* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
NAK MENGENA TAKNAK KENA....
DEMIKIAN PEGANGAN LIAN PADUKAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
LAPIS IKUT MANA SERUPA....
MAKAN BELAKANG,DEPAN,KIRI,KANAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
BILA TERPA TEKAN LENGAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
PANTANG LEKA JANGAN KESIAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
MAKAN PERCUMA JANGAN KEMPUNAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
SENTIASA CEGA DAN CURIGA,WASAPADA...
JANGAN SAMPAI DILALAIKAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
BERCITA2 ITU MULIA TAPI....
BERANGAN2 ITU MERUGIKAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
WALAU BERBEZA CARA DAN GAYA...
NAMUN TETAP KELUARGA LIAN PADUKAN *

* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
INILAH PESANAN AYAHANDA......
LIAN PADUKAN *

SENJATA LAPAN,GAYANG LIMA....TAK LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA.....WASSALAM

3 ulasan:

  1. Assalamualaikom w.b.t.
    boy, apa khabar? harap awak sekeluarga semua sihat. kwn bangga dgn awk. dan kwn doakan awk terus maju dgn apa yg awk perjuangkan. kwn akn menyokong awk dari belakang. kita adik beradik dunia dan akhirat. boy, satu permintaan kwn, betulkan ejaan nama kwn tuh.

    BalasPadam
  2. yeahh!!!!!!adik beradik dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama16 Julai, 2010

    mu ada check account youtube? saya ada soalan untuk ckg boy

    BalasPadam