Selasa, Jun 22, 2010

antara maksud dan salah faham.

Inilah sifat orang Melayu,melatah tak bertempat..kaji,selidik dan siasat dahulu sebelum marah.Nanti apa orang cakap.orang melayu penuh adat tapi.....
Mulanya malas saya nak layan,namun atas nasihat dan pendapat ayahanda Lp,kalau berdiam maknanya kita salah.Jadi kena betulkan balik apa yang telah di salah tafsir.
lepas satu,satu.Ingatkan dah aman rupanya di landa semula.Artikel yang saya masukkan dalam blog tersebut adalah hasil karya dari ayahanda Lp tapi dah pun disalah tafsir.Saya rasa dalam blog teregganu pun ada artikel pasal pantun gayang lima ni...tapi kenapa ditujukan kepada Lp melaka aje....?????fikir2kanlah sendiri.
Sebagai salah seorang anak,sesuatu yang berlaku harus di rujuk terlebih dahulu dari ayah.Ayahanda Lp telah memberitahu saya ni semua salah anggap dengan apa yang di baca.Sebenarnya perkataan gayang lima yang di maksudkan ada tertulis di dalam NUKIL LP...KE KANAN,KE KIRI,KE ATAS,KE BAWAH DAN KE DEPAN.Ia termasuk dalam perbuatan gayang yang dinamakan sebagai GAYANG LIMA.Iaitu lima arah atau lima arahan.2 TANGAN,2 SIKU,2 LUTUT DAN 2 KAKI adalah kesinambungan anggota tubuh yang digunakan sebagai senjata tubuh yang dikenali sebagai SENJATA LAPAN.Apabila kedua-duanya disatukan maka jadilah ia satu permainan yang di PADUKAN di dalam lian.
Tetapi kalau dikira ini semua hanyalah petua-petua didalam pukul sahaja.Sebab itu rahsia harus dicari di dalam petua-petua ini.Jadi apa yang tidak kena dengan pantun gayang lima senjata lapan ni?Kalau ada yang tidak kena kenapa tidak dibincangkan secara matang saje.Kalau rasa Lp Melaka jauh,saya rasa wakil-wakil Lp di KL pun berlambak.Saya rasa tak ada apa yang hendak di perbesarkan dalam hal ini.Pantun gayang lima senjata lapan ini telah wujud dari tahun 1999 lagi Masa tu arwah Pmk masih bersama-sama Lp. Ianya memang berada di dalam simpanan Ayahanda Y.D.P.Nama gayang lima tu diambil dari dalam NUKIL,kalau nak disalahkan ...salahkan Shk.Abd.Rahman.Sebab dia yang tulis perkataan gayang lima tu dalam NUKIL.Kalau nak tengok gambar nukil boleh tengoklah di blog new skool.
Ayahanda suruh saya dengan Cikgu Amy Teregganu masukkan dalam blog masing-masing,buat tatapan dan renungan semua ahli-ahli Lp dan mereka-mereka yang tahu maksud pantun tu.Bukannya nak menunjuk-nunjuk atau berlagak.Tapi kalau itulah anggapanya.. tepuk dada tanya seleralah.Buat pengetahuan umum pantun gayang lima senjata lapan tu adalah beberapa kupasan-kupasan rahsia dari petua-petua yang terdapat dalam NUKIL.Tapi cuma mereka-mereka yang faham saja tahu maksudnya.
Sudahlah ...marilah kita cari penyelesaiannya bukan tambah masalah.TIADA YANG LAMA TIADA YANG BARU...TAPI DAH ADA YANG BARU YANG LAMA TAK MUNGKIN DILUPAKKAN.

1 ulasan:

  1. SENJATA LAPAN GAYANG LIMA,TA'LIANPADUKAN HILANG DI DUNIA,KAMI LIANPADUKAN TA'LA HEBAT MANA,
    BERBANDING ALLAH YANG MAHA KUASA,TETAPI ALLAH MAHA KAYA' MEMBERI ILMU SETIAP MASA,ILHAM PETUNJUK BUAT SEMUA,CAMPUR ADUKAN AGAR SEMPURNA SETIAP MASA.

    SENJATA LAPAN GAYANG LIMA,JANGAN LAH KITA BERSENGKETA SESAMA KITA,KITA BERASAL DARI PERMAINAN YANG SAMA,BEZA HANYA SEDIKIT CUMA

    SALAM boy..sabar..dugaan ni kadang2 buat kita lebih kuat dan memantapkan akidah kita di sisi nya..ingat pesan ayahnda agar LP di lindungi iman dan takwa ameen..

    BalasPadam