Khamis, Jun 03, 2010

Antara lian dalam LP

Salam semua... Sekali lagi LP Melaka, mempersembahkan aksi-aksi untuk tatapan peminat blog LP Melaka. Kali ini kami membawa anda dengan aksi-aksi ala olahraga dan beberapa siri pukulan dalam permainan buah pukul.

Tentu anda semua telah saksikan persembahan buah cangkuk kepala. Pelik bukan buah tu?... sebenarnya buah cangkuk kepala ni memang wujud dalam permainan buah pukul Lian Padukan. Ia diambil dan diilhamkan dari permainan tomoi. Buah ini juga dikenali dengan panggilan Libas Buaya. Terdapat 2 serangan luar dan dalam iaitu libas buaya luar dan libas buaya dalam.

Buah pukulan ini juga dikenali dengan nama Yem dalam dan luar. Sekiranya tendangan anda dibawah paras pusat kebawah ia di panggil Yem dan jika melepasi pusat keatas ia dipanggil libas buaya. Terdapat banyak lagi buah-buah yang tidak termasuk dalam silibus pembelajaran, dan buah-buah pukulan ini dinamakan sebagai lian asing.

Di dalam LP lian asing adalah lian-lian yang dicipta khas hasil dari gabungan lian yang sedia ada. Terdapat 27 lian asing dimana ia dicipta dan dihasilkan dari permainan guru Yak dan telah di hadiahkan khas kepada Ayahanda guru Haji Hasyim.

Antara lian asing ini terdapat juga 10 buah tunggal, dimana buah tunggal ini adalah diantara buah pukulan ketika betul-betul terdesak ketika kita berhadapan dengan musuh yang ramai atau ruang yang betul-betul terhad.

Diantara lian dan buah pukulan ini ia mestilah bermula dari satu. Apakah yang satu itu....? Dan berakhirnya dengan satu. Jadi tiada lagi alasan untuk malas berlatih kerana sekiranya kita terus berlatih setiap hari walaupun hanya satu lian sekali pun pastinya kita menemui apa itu buah pukul yang sebenarnya. Wassalam.

5 ulasan:

  1. wahh info yg menarik dari cikgu boy, rupa-rupanya byk lagi yg saya kena `mengaji` ni.

    BalasPadam
  2. xkenal maka xcinta..dh kenal nak lebih mesra..tq cikgu Boy dan LP Melaka

    BalasPadam
  3. orang 'rajin' selalunya 'dapat' macam bruce lee kalau di jenis 'pemalas' dia takkan jadi handal, contohi abg razak(yak), masa kat mersing dulu memang jenis org yg 'rajin', siapa je 'budak2' datang mtk tolong ajar mesti tk tolak punya, tapi kena jadi 'punch bag' kira serah badan je, tk merasa 'sentuh' badan dia, kalau dlm sejarah buah pukul moden abg razak boleh diiktiraf sebagai Lagenda Buah Pukul Moden

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama03 Jun, 2010

    tq...klu nak buah2 yang pelik2 lagi tanya sama itu abg long Lp(din gondrong)dia punya buah klu cerita tak habis satu malam...tapi kena tahan sikitlah badan.saya pun banyak lagi nak belajar ni belum betul2 sempurna lagi ni...apa2 pun thanks sebab support Lp melaka.

    BalasPadam
  5. pepatah china ada berkata, “I fear not the man who has practiced 10000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10000 times.” - bruce lee...

    BalasPadam