Selasa, Mac 13, 2012

lawatan YAB




"TAK MELAYU HILANG DI DUNIA"begitulah kata-kata yang di ungkapkan dari mulaut seorang pemimpin ketika melawat ke gelanggang Lian Padukan yang terletak di Semabok Melaka

Tanggal 9 Mac 2012,gelanggang Lp Melaka telah mendapat penghormatan dari ketua menteri Melaka Datuk Seri Hj.Mohd.Ali Bin Rustam.Yang Mana beliau telah meluangkan masa untuk melawat sendiri gelanggang Lp.Kami ahli-ahli Lp melaka amat berbesar hati dan berasa amat bangga dengan kehadiran ketua menteri dan menganggap ianya satu penghormatan dari ketua menteri kepada persilatan kami.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada ketua menteri kerana sudi melawat teratak usang kami(gelanggang kampung je).Tidak lupa juga kepada tetamu-tetamu yang sama-sama memeriahkan majlis lawatan Datuk Seri Hj.Mohd Ali Bin Rustam ke gelanggang kami.

SALAM 1 MALAYSIA,SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG,NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan