Ahad, Mei 22, 2011

kunjungan YDp ke elaka




Salam...lama sudah saya tak menulis di dalam blog Lp Melaka ni.Banyak kerja menyebabkan saya tak boleh terlalu lama di depan komputer.Apa khabar semua pengunjung blog Lp Melaka....?
Baru-baru ni Ayahanda Hj Hasyim (YDP) ada datang mengunjungi gelanggang saya di Melaka.Kehadiran beliau di sambut gembira oleh ahli-ahli di Melaka.Cikgu sam giant ada turut serta dalam kunjungan tersebut.Memang kebetulan ayahanda berada di KL,jadi ayahanda datang berdua sahaja dengan cikgu sam giant.
Pada hari tersebut,ayahanda ada mengenalkan kepada saya seorang senior buah pukul.Beliau adalah murid pertama yang mula-mula belajar di bawah tunjuk ajar Pak Mat Kedidi.Beliau di panggil dengan panggilan Pak Jasni.Belajar di bawah tunjuk ajar Pmk sekitar tahun 1975.Masa tu Pmk baru di pindahkan ke IPk Johor Bahru.Beliau juga bekas seorang pesara KDRM di negeri Johor.
Kini pak Jasni menetap di serkam Melaka.Menurut dari cerita beliau,Pak Jasni juga pernah berguru di bawah tunjuk ajar seorang guru aliran buah pukul yang menetap di Batu Pahat(Pak Raja Ali).
Insyallah kalau ada kelapangan nanti saya akan menulis satu artikel mengenai perjalanan kehidupan Pak Jasni.Jumpa lagi...salam.

Ahad, Februari 20, 2011

KRUSUS BELANTALI


Semalam selesailah sudah krusus belantali dan rahsia jari mentadak.Ramai juga yang hadir untuk menjayakan krusus kali ini.Rasa puas terpapang di wajah setiap yang hadir.Tahniah di ucapkan untuk semua


Kali ini lian padukan telah mejemput salah seorang pengamal buah pukul yang telah bertanggungjawab memperkenalkan permainan ini kepada ayahanda Hj hasyim.Pak Mat singa nama yang telah di gelar kepada beliau.Orangnya kecil aje,tapi ganas dan tegas.


Turut hadir kali ini,guru-guru khatam dan juga ahli-ahli Lp dari seluruh negeri.

Selasa, Februari 15, 2011

Rabu, Februari 02, 2011

Gong xi fa cai

Selamat menyambut tahun baru cina,kepada semua kaum cina di Malaysia.juga tidak lupa kepada 3 orang ahli Lp Melaka.Dainel,Ah Wei dan Ah chai.Juga tidak lupa kepada seorang ahli Lp dari Kuala lumpur Jacky,yang kini berada di U.S.A.GONG XI FA CAI.

Isnin, Januari 31, 2011

Ahad, Januari 30, 2011

LP hari ini @ Mhi TV3



Salam....alhamdulilah bersyukur saya kepada Allah,kerana dengan izinnya saya masih lagi mampu untuk menulis blog Lp Melaka hari ini.Telahpun berlalu bulan Januari bagi tahun 2011.Bergitu cepat masa hinggakan saya sendiri pun tidak perasaan yang kita telahpun menghampiri bulan Febuari.Tetapi bangga saya rasakan,kerana pada tahun ini Lian Padukan bermula dengan permulaan tahun yang amat baik sekali.Memang kita tidak menyangka sesuatu yang akan berlaku.Segalanya dari izinnya.
Bermula dengan langkah kanan.Lian padukan terus melangkah dengan megahnya di atas pentas persada senibeladiri.Hari ini terus-terang saya katakan yang saya bangga menjadi salah seorang ahli di dalam permainan buah pukul Lian padukan ini.Di bawah tunjuk ajar Ayahanda Hj.Hasyim B. Hj. Salleh selama 15 belas tahun sehingga ke hari ini.
Dari suratkhabar berbahasa Inggeris(NST),Lian Padukan ke suratkhabar berbahasa melayu(utusan Malaysia)dan akhirnya Lian padukan berjaya membuka mata rakyat Malaysia apabila berjaya menonjolkan diri di televisyen melalui saluran kegemaran ramai tv3,di dalam rancangan Mhi.Yang bertarikh 26 hb januari 2011.
Doa saya semoga Lian Padukan dan ahli-ahlinya bertambah maju dan terus berkembang.Dan segala tomahan serta kritikan selama ini kepada Lian padukan,akan kami jadikan sebagai satu kata-kata semangat untuk terus maju dan maju di masa-masa akan datang....amin

Selasa, Disember 21, 2010

penutup dan pembukaan


Majlis melangir pedang telah menjadi salah satu majlis rasmi Lian Padukan.Ia di adakan pada setiap tahun di dalam bulan Islam(Muharram).Majlis ini biasanya di adakan di gelanggang induk Lp di Johor Bahru.


Pada tahun ini ia telah diadakan pada tarikh 11 Disember 2010 bersamaan 5 muharram 1432.

Dan pada tahun ini kehadiran tidaklah seperti tahun-tahun yang sudah.Ini kerana petukaran jadual pada saat-saat terakhir.Pada mulanya ia di jadualkan pada tarikh 20 disember,tetapi ia telah ditukar tarikhnya lebih awal.Alhamdulilah semuanya berjalan seperti dirancangkan walaupun hanya segelintir sahaja ahli-ahli Lp yang hadir.

Seramai 16 0rang yang bersama-sama saya dari melaka dan kehadiran saya agak lewat sedikit,di sebabkan saya bertolak lewat dari Melaka.Nasib baik kami sempat bersama-sama dari awal majlis.Cikgu hisyam giant,cikgu faizal dan arif safwan telah ditugaskan untuk membantu ayahanda sepanjang majlis berlangsung.


Majlis melangir selesai lebih kurang pukul 2.00am dan di sambung dengan majlis berlimau.Saya tidak dapat bersama-sama sehingga ke akhir majlis di sebabkan terpaksa pulang awal ke Melaka.Rombongan dari Melaka bertolak pulang lebih kurang pukul 2.30am dan kami sampai di Melaka lebih kurang pukul 4.30am.


Majlis ini boleh dianggap sebagai majlis penutup tahun 2010 dan pembukaan bagi tahun Islam 1432.