Selasa, Disember 21, 2010

penutup dan pembukaan


Majlis melangir pedang telah menjadi salah satu majlis rasmi Lian Padukan.Ia di adakan pada setiap tahun di dalam bulan Islam(Muharram).Majlis ini biasanya di adakan di gelanggang induk Lp di Johor Bahru.


Pada tahun ini ia telah diadakan pada tarikh 11 Disember 2010 bersamaan 5 muharram 1432.

Dan pada tahun ini kehadiran tidaklah seperti tahun-tahun yang sudah.Ini kerana petukaran jadual pada saat-saat terakhir.Pada mulanya ia di jadualkan pada tarikh 20 disember,tetapi ia telah ditukar tarikhnya lebih awal.Alhamdulilah semuanya berjalan seperti dirancangkan walaupun hanya segelintir sahaja ahli-ahli Lp yang hadir.

Seramai 16 0rang yang bersama-sama saya dari melaka dan kehadiran saya agak lewat sedikit,di sebabkan saya bertolak lewat dari Melaka.Nasib baik kami sempat bersama-sama dari awal majlis.Cikgu hisyam giant,cikgu faizal dan arif safwan telah ditugaskan untuk membantu ayahanda sepanjang majlis berlangsung.


Majlis melangir selesai lebih kurang pukul 2.00am dan di sambung dengan majlis berlimau.Saya tidak dapat bersama-sama sehingga ke akhir majlis di sebabkan terpaksa pulang awal ke Melaka.Rombongan dari Melaka bertolak pulang lebih kurang pukul 2.30am dan kami sampai di Melaka lebih kurang pukul 4.30am.


Majlis ini boleh dianggap sebagai majlis penutup tahun 2010 dan pembukaan bagi tahun Islam 1432.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan