Khamis, September 29, 2011

rumah terbuka



Pejam celik,pejam celik dah belalu sebulan kita beraya.Sedar tak sedar tahun pun akan bertukar dalam beberapa bulan lagi.Dalam pada raya hari tu banyak juga rumah-rumah terbuka di buat.Di Melaka ni pun tak kurang hebatnya.Terlalu banyak jemputan demi jemputan untuk menghadari rumah terbuka hari raya.
Bertarikh 13 September 2011,bertempat di taman putra batu berendam Melaka,saya dijemput untuk memeriahkan rumah terbuka di rumah Dato guru Zaini(gayong Purba).Turut hadir pada malam itu ketua menteri Melaka(YAB Datuk Hj.Md.Ali Bin Rustam)serta guru-guru silat di seluruh negeri Melaka.
Ibarat menyelam sambil minum air,sesi berdailog bersama YAB turut diadakan.Demi memastikan perkembangan dari semasa ke semasa silat-silat di negeri Melaka ini.Majlis berlangsung sehingga pukul 1.30 am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan