Khamis, September 29, 2011

rumah terbuka



Pejam celik,pejam celik dah belalu sebulan kita beraya.Sedar tak sedar tahun pun akan bertukar dalam beberapa bulan lagi.Dalam pada raya hari tu banyak juga rumah-rumah terbuka di buat.Di Melaka ni pun tak kurang hebatnya.Terlalu banyak jemputan demi jemputan untuk menghadari rumah terbuka hari raya.
Bertarikh 13 September 2011,bertempat di taman putra batu berendam Melaka,saya dijemput untuk memeriahkan rumah terbuka di rumah Dato guru Zaini(gayong Purba).Turut hadir pada malam itu ketua menteri Melaka(YAB Datuk Hj.Md.Ali Bin Rustam)serta guru-guru silat di seluruh negeri Melaka.
Ibarat menyelam sambil minum air,sesi berdailog bersama YAB turut diadakan.Demi memastikan perkembangan dari semasa ke semasa silat-silat di negeri Melaka ini.Majlis berlangsung sehingga pukul 1.30 am.

Ahad, September 11, 2011

menulis kembali

Assalamualikum....kepada semua pengunjung blog Lp Melaka.Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
Sudah agak lama saya tak menulis di dalam blog Lp Melaka ni...ingat di hati nak menyepi buat sementara waktu(bertapa).Tapi apakan daya ilmu belum cukup lagi.kang salah bawak isim pulak kang....(gurau je).
Sebenarnya sejak kebelakangan ni saya sedang berusaha untuk menyelami dan menghalusi lagi permainan yang saya pelajari selama bertahun ni.Rupanya banyak lagi teknik-teknik buah pukulan yang kita boleh ciptakan bila kita banyak mengkaji tentang buah pukul ni.Memang seronok bila dapat mempratikkan buah-buah baru dan di ajarkan kepada pelatih-pelatih baru.Lagi seronok bila melihat pelatih-pelatih dapat melakukannya dengan sempurna.
Seperti yang pernah di beritahu oleh ayahanda,buah pukulan ni sebenarnya boleh dipecahkan kepada beribu-ribu buah.Cuma kita nak atau taknak je memperhalusinya.Tapi kalau kita rajin tiada apapun yang mustahil.
Oleh itu pesanan saya renung-renungkan dan selamat beramal....wassalam.