Ahad, Mei 16, 2010

apa kesudahannya...?



Hari ini genap seminggu arwah pmk pergi meninggalkan kita semua.Tapi dalam seminggu ini,macam-macam tomahan dan fitnah yang kami di Lp dapat.Apa salah kami dan apa dosa kami di Lp...?Takkan marahkan nyamuk kelambu di bakar,kalau taknak digigit nyamuk jangan bukak pintu dan tingkap.Perbuatan mereka-mereka ini ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri.Akhirnya sendiri yang malu.Niatnya hendak memburuk-burukan Lp tapi tak terfikirkah mereka-mereka ini,bahawa pembaca-pembaca di blog-blog ini akan menilai mana yang baik dan mana yang jahat.

Bukan niat saya hendak memburukkan dan mencari kesilapan...tapi terpanggil untuk membela apa yang hak dan rasa kasih terhadap insan yang pernah berjasa.Ya mungkin ada juga balaci-balaci dajal yang suka menabur segala fitnah akan menyatakan..."MEMBELA ORANG YANG TAK PATUT DI BELA".tapi sedarkah mereka ini,semakin lebar fitnah yang di taburkan,semakin bersemangat kami semua di Lp.Ya..bersemangat untuk membela pekara yang benar.

Yang hairannya ada juga balaci-balaci si dajal ini yang baru bercerai susu.Kononnya semua benda dia tahu tentang Lp luar dan dalam.Sedangkan masa suatu ketika dulu botol susu dia pun orang lain yang pegangkan.

Biarlah saya terus ketajuk utama apa yang saya hendak nyatakan di sini....Semua ini berpunca dari rasa tamak-haloba,dendam dan cemburu...tamak untuk menguasi apa yang telah berjaya sedangkan pada satu ketika dahulu masa diberikan peluang untuk melakukannya langsung dia tidak mampu.Tapi bila kejayaan demi kejayaan telah di capai rasa tercabar dan malu,lalu dicuba untuk menjatuhkan kejayaan ini.

Hari ini ada juga insan yang menyatakan kejayaan telah sampai kepuncaknya.Kejayaan yang bagaimana?Adakah kejayaan yang penuh rasa dendam dan cemburu.Bagaimana akan capai kejayaan jika wujudnya kedua-dua pekara ini.Mampukah kita berada di puncak hanya dengan menjatuhkan maruah insan lain.Berbahagialah mereka-mereka ini selamanya.

Mungkin mereka-mereka ini terlalu merasa merekalah yang benar-benar hebat.Tak terfikirkah mereka akan dosa dan pahala.Diputuskan siratullrahim antara ayah dan anak,difitnah memiliki barang curi...mungkin mereka-mereka ini telah menjadi gila.Ya gila kuasa....Jika kuasa yang digilakan,ambillah tiada siapa yang akan melarang tapi jangan di fikirkan kami ini semua tikus.silap besarlah jika di fikirkan bergitu.

Kini Lp milik kami...dan kami tetap bersama-sama ayahanda dan Lp walaupun tusanami yang datang melanda.Insaflah wahai umat...lafazkan 2 kalimah...dirikan solat.
wassalam.........

5 ulasan:

  1. Ckgu boy amik surat tu msuk blog ckgu boy sya nk delete sakit mata memandang nya

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama16 Mei, 2010

    taknaklah...saya pun sakit mata memandangnya

    BalasPadam
  3. aku dah kata sarang tebuan jangan di jolok yang hang pi jolok tu pasai apa..kan da ckgu boy mengamuk!!setahu aku lah menurut sejarah ckgu boy ni juara LP msa masuk silat olahraga dulu..sepertimna kata ayah,mcm mna laju nya kaki ckgu boy dan padu nya tumbukan ckgu boy begitu lah ckgu boy berkata2..sekli jalan jer kalau da naik angin..berdentam dentum macam halilintar membelah bumi dan lagi satu ko berhutang dengan ckgu boy..hutang PENAMPORR!!,,,PENAMPORR!!ngkau ckgu boy dah rasa tapi??PENAMPORR!!GILA!!CKGU BOY korang TAK RASA LAGI!!!!ha!!ha!!apa2 selamat hari guru saudara ku ckgu boy..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama17 Mei, 2010

    terlebih sudah cikgu aeen....selamat hari guru

    BalasPadam