Jumaat, Mei 28, 2010

Nasihat Buah Pukul

Dipetik dan diolah dari blog Mat Samurai Berbicara

Orang jahat ialah perkataannya dan kelakuannya menyuruh orang marah.

Orang yang celaka itu ialah orang yang menolong orang menggali kuburnya.

HIDUP KITA DI DUNIA; kalau tidak menolong orang jangan lah menyusah kan orang.

Ada pun orang itu terbahagi empat :

1. Pandai bercakap dan pandai buat (ini bagus)
2. Tak pandai bercakap tetapi boleh buat (ini bagus)
3. Pandai bercakap tak tahu buat (ini tak bagus)
4. Tak pandai bercakap tak tahu buat (ini tak bagus)
  • Kalau pun kita pandai jangan lah di cakap kan sangat
  • Kalau pun kita berani jangan lah di tunjuk kan sangat
  • Kalau pun kita penakut jangan lah di nampak kan sangat
  • Kalau pun kita bodoh jangan lah di terang kan sangat
  • Kalau pun kita kaya jangan lah di heboh kan sangat
  • Kalau pun kita miskin jangan lah di ketara kan sangat
BELAJAR BUAH PUKUL INI tidak susah dan tidak senang kalau susah tiada orang dapat dan kalau senang ramai orang dapat

Wahai anak ku muda terbilang kesukaran menuntut bukan kepalang enam syarat jangan lah kurang akan di nyata dengan terang

CERDIK dan TAMAK hendak lah ada BERSUNGGOH2 WANG pun ada GURU pintar mahu pun ada PANJANG KAN MASA jangan lah tiada.

"APA BILA MATI ANAK ADAM TERPUTUS LAH AMALANNYA Melainkan TIGA macam AMAL yang tiada putus;

1. SEDEKAH JERIAH (yang berkekalan faedah)
2. ILMU yang memberi manfaat
3. ANAK yang mendoakan dia"
-Hadith Nabi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan