Sabtu, November 27, 2010

sedarkah kita...?


Sedang Pak Raja sibuk menunaikan rukun islam ke 5 di mekah,kita di Malaysia sibuk bertelagah pasal video tentang Pak Raja dan Hj Hasyim.Hai tak tahulah bila pekara cam ni nak habis.Sepatutnya pekara cam ni tak perlu timbul pun.Tapi ada pulak pihak yang panas hati bila dapat tahu Hj hasyim ada belajar dengan Pak Raja.Jadi apa masalahnya dengan ada belajar atau tak untuk mereka-mereka ni.....?
Sepatutnya kita tak perlu nak babitkan atau pertikaikan tentang Pak Raja.Siapa yang hendak belajar atau siapa yang hendak beliau ajarkan.Sekalipun marahkan Hj Hasyim kenapa tak pergi jumpa terus dengan beliau.Apa kata Pak Raja bila beliau balik nanti.Tentu beliau kecewa dengan sikap-sikap bakal pewaris-pewaris buah pukul sekarang ni kan(kita semualah).Sepatutnya kita hanya perlu sama-sama kembangkan permainan buah pukul ke seluruh dunia(kalau mampulah).Tapi tak....sampai bila kita nak maju kalau asyik nak bertelagah dan hanya nak cari kelemahan dan kesalahan orang je.Silat cekak sibuk mengembangkan sayap,Silat gayong pula dah pun mengeliling dunia....tapi kita....?Takpayahlah hanya kerana sebuah buku dan sehelai kertas kita nak bertelagah seperti budak-budak.Takan kita nak jadikan sejarah buah pukul ni suatu hari nanti sebagai sejarah yang paling banyak masalah dalaman.cuba kita fikir-fikir dan renung-renungkan bersama.
Sebenarnya saya tak kisah siapa guru Hj Hasyim dan pada siapa Hj Hasyim pernah belajar.Pada saya apa yang saya dapat hari ni saya cukup bersyukur.Saya bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang pewaris buah pukul dan juga bersyukur kerana dapat mengembangkan lagi permainan ini.
Sudahlah ...hentikanlah segala tomahan yang di lemparkan.Tanpa sesiapa yang meyuruh saya menulis artikel ini....saya dengan merendahkan diri memohon kepada semua atau sesiapa yang pernah marahkan kami di Lp agar hentikan segala kerja gila ini.Demi kebaikan bersama.salam.


"HANYUT BAHTERA AKHIRNYA KE PANGKALAN JUGA
TIDAKKAN KARAM ANDAINYA NAKHODANYA PANDAI BERDAYUNG.
HANYUTNYA MANUSIA PULANGLAH KE PANGKAL JALAN.
TIDAK AKAN SESAT KALAU MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN..."

2 ulasan:

  1. kenapalah tak habis2 'berperang' jadi macam buah pukul nie teruk sangat,padahal yg buruk tu 'orangnya', kepada pihak yang berkenaan berhentilah daripada panjang2kan cerita2 yang membuatkan orang meluat tengok buah pukul nie,majukan je permainan masing2 dengan cara positif dan sihat, kalau jalan tue betul INSYAALLAH kejayaan pasti menanti, bak kata Pak Ani, Jangan Suka Terkinja-kinja, Apa lagi dijual Dan Dijaja, Usah dikeji Jangan Dipuja, Sedikitkan cakap banyakkan kerja... apa maksudnya.. Kita nie jangan suka2 sangat, Ilmu kita jangan dihebah2kan, permainan orang jangan dikeji dan permainan kita jangan dipuja2 sangat, banyakkan latihan atau amal dan sedikitkan cakap2 kosong...

    BalasPadam
  2. ya betul tu ckp muhammad...lebih baik kita tumpunkan dan fikirkan camana nak naikan mertabat buah pukul ni di mata dunia...sy rasa itu lebih elok dari asyik bertelagah sana sini.jadi kepada sesiapa yang tak suka dengan LP u just live we alone.jagalah persatuan masing2

    BalasPadam