Rabu, Februari 08, 2012

mandi penimbul di kota tinggi


Bertarikh 4&5 febuari 2012(sabtu&ahad)bersamaan 1 Rabiulawal 1433 H,Lian padukan telah membuat rombongan ke kota tinggi Johor.Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari ini telah membabitkan beberapa gelanggang Lian Padukan seluruh malaysia iaitu Kuala Lumpur,Selangor,Melaka,trengganu dan tuan rumah sendiri iaitu Johor.

Aktiviti ini bertujuan utuk mandi penimbul bagi ahli-ahli Lp yang bakal di khatamkan pada tahun ini(2012)pada bulan mei nanti.Kami bermalam di kota tinggi dengan mendirikan khemah.Kalau dah berkhemah tada BBQ tak seronok.Terima kasih tak terhingga kepada cikgu din misai dan isteri(kak ida)kerana bersusah payah menyediakan bahan-bahan untuk di BBQ kan malam itu.Cikgu sam dan cikgu din misai ni memang jaguh bab-bab camping rupanya.

Ayahanda dan isteri(kak fifi)juga hadir untuk bersama-sama memeriahkan malam BBQ.lepas acara mengisi perut masing-masing ada tugas sendiri.Ayah macam biasa potong limau untuk di mandikan oleh cikgu-cikgu dan ahli-ahli.Saya,cikgu sam giant,cikgu din gondrong,cikgu Ip man dan beberapa guru lain berbincang tentang Lian untuk di seragamkan.Cikgu azahar di tugaskan untuk menyampaikan pertua-pertua mandi penimbul.

Saya dan abang Din gondrong memang tak tidur malam tu.Lepas aje ayah habis potong limau saya terus mandi kat air terjun bersama-sama abang din gondrong dan beberapa ahli lain.Masa tu tak silap saya pukul 5 pagi.suasana gelap tapi penuh ketenangan.satu pengalaman yang tak dapat di lupakan mandi betul-betul bawah air terjun pukul 5 pagi.Lepas aje sembahyang subuh saya terus buat aktiviti yang tak asing lagi iaitu tidur sampai tak ingat.

Pagi tu saya bangun pukul 9 pagi,tengok ahli-ahli lain masih ramai yang tengah mandi penimbul.Ada juga yang sedang sarapan pagi.saya pun apa lagi perut dah lapar.
Satu aktivi yang menyeronokan.Memang elok di buat sebagai salah satu acara tahunan untuk Lian padukan.Bagi ahli-ahli yang tak dapat join kali ini jangan sedih lain kali kita buat lagi dasyat.
Akhir kata saya ucapakan ribuan terima kasih kepada ayahanda Lp,Dr.Hj.Hasyim Bin Hj.Salleh serta isteri(kak fifi)yang sentiasa menyunting semangat kepada ahli-ahli Lp seluruh Malaysia.Juga kepada cikgu din misai dan kak ida yang bersusah payah untuk memastikan setiap ahli-ahli semua kenyang.tak lupa juga untuk abang din gondrong(abang long)Lp dan isteri.akhir sekali cikgu-cikgu khatam iaitu di ketuai oleh cikgu Sam giant,cikgu Azahar,cikgu Aimi,cikgu Faizal,cikgu Wana,cikgu arif,cikgu jeff,cikgu Ip man dan cikgu sam kecik(avatar).dan tak lupa juga untuk johan atas kapal api...betu-betul kaw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan