Ahad, Februari 28, 2010

pembukaan kursus Lp 2010



salam...
Pada 27hb feb.2010 telah berlangsungnya kursus khas utk guru-guru yang baru khatam pada 2009.Kursus yang diberi dengan nama KURSUS TAPAK 100 ini,telah dihadiri seramai 21 orang cikgu.Memang seronok dan meriah pada majlis tahun ini,Reaksi yang diberikan juga amat memberangsangkan.Tahniah diucapkan kepada cikgu-cikgu kerana telah berjaya melakukannya dengan baik sekali.

Majlis diteruskan dengan pembukaan bacaan doa oleh cikgu Din Misai serta ucapan selamat datang oleh tuan rumah(cikgu sam giant)dan sedikit penerangan daripada ayahanda Lp,Guru Hj Hasyim Bin Hj Salleh.Kemudian majlis diteruskan sehingga petang.

Pada sebelah malam telah diadakan majlis tahlil dan bacaan yassin,untuk guru-guru yang terdahulu.Kemudian diteruskan lagi dengan majlis mengisi perut...he..he.Akhir sekali penyerahaan NUKIL dan gambarajah tapak 100.Kami mengakhiri majlis lebih kurang pukul 1.25 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan