Khamis, Februari 25, 2010

renungan....

salam....

1. Ketika aku meminta bantuan...Allah memberiku peluang kerana melaluinya aku mulai mencuba. Ketika aku meminta kemewahan...Allah memberiku akal untuk berkerja kerana melalui berfikir aku melihat cara.Ketika aku meminta kejayaan...Allah memberiku kegagalan kerana melaluinya aku membaiki kesilapan.Ketika aku meminta kebijaksanaan.. Allah memberiku masalah untuk diselesaikan kerana melaluinya aku mendapat pengalaman.

Ketika aku meminta kekuatan... Allah memberiku kesukaran kerana melaluinya aku membina kekentalan diri.Ketika aku meminta ketabahan... Allah memberi rintangan untukku hadapi kerana melaluinya aku akan teruji.

2. Iman itu pada roh, ehsan itu pada hati. Keputusan pada akal. Islam itu pada jiwa dan amal itu pada diri.

3. Iman dan amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli mahupun diwariskan kepada anak cucu.Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu

4. Didalam rukun didalam agama adalah rukun iman, islam, hati, yakin, qudus, ruhul amri, prang(nafsu), perpaduan harian dan rukun hakikat.

5. Fikir mati itu adalah berfikir bagi menyediakan diri untuk kembali kepadanya dengan susunan kehidupan yang sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

6. Beramal yang sedikit dengan istiqamah (tetap) itu adalah lebih baik daripada beramal yang banyak tetapi sekali-sekala bila ada masa terluang sahaja.

7. Makrifat nafsu... mengenal roh. Hakikat nafsu... mengenal diri. Tariqat nafsu... mengenal waktu syariat. Nafsu (lelaki)... mengenal isteri. Guru... mengenal murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan