Rabu, Februari 10, 2010

tangan dan sudu

Pernah saya membaca satu kisah mengenai Raja Abdullah, ketika beliau dijemput untuk makan malam bersama pembesar-pembesar British. Pada ketika majlis makan bersama-sama orang-orang Inggeris, Raja Abdullah bangun dan mencuci tangan kemudian beliau duduk semula lalu makan menggunakan tangan.

Pembesar-pembesar yang sedang makan menggunakan sudu hairan melihat sikap Raja Abdullah, ada yang melihat seolah-olah menghina dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Lalu salah seorang daripada mereka bertanya kepada Raja Abdullah mengapa ia makan menggunakan tangan.

Raja Abdullah lalu menjawab, ada tiga sebab mengapa dia makan menggunakan tangan......

1. Kerana berliau tahu bahawa tangan yang digunakan bersih kerana dia sendiri yang mencuci tangannya itu.

2. Dia tidak pernah berkongsi tangan dengan orang lain.

3. Dan dia pastikan bahawa tangannya tidak pernah jatuh ke dalam longkang.

Hebat! jawapan yang diberikan oleh Raja Abdullah, beliau telah membuktikan bahawa kata-katanya itu logik. Walaupun ada yang tidak boleh menerima jawapan dari Raja Abdullah itu tadi,tapi dari segi pemikiran Raja Abdullah telah membuktikan dia seorang yang hebat.

Jadi dari cerita ini apa yang boleh kita jadikan ikhtibar.....jadi sama-samalah kita fikir. wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan