Isnin, Januari 31, 2011
Ahad, Januari 30, 2011
LP hari ini @ Mhi TV3
Salam....alhamdulilah bersyukur saya kepada Allah,kerana dengan izinnya saya masih lagi mampu untuk menulis blog Lp Melaka hari ini.Telahpun berlalu bulan Januari bagi tahun 2011.Bergitu cepat masa hinggakan saya sendiri pun tidak perasaan yang kita telahpun menghampiri bulan Febuari.Tetapi bangga saya rasakan,kerana pada tahun ini Lian Padukan bermula dengan permulaan tahun yang amat baik sekali.Memang kita tidak menyangka sesuatu yang akan berlaku.Segalanya dari izinnya.
Bermula dengan langkah kanan.Lian padukan terus melangkah dengan megahnya di atas pentas persada senibeladiri.Hari ini terus-terang saya katakan yang saya bangga menjadi salah seorang ahli di dalam permainan buah pukul Lian padukan ini.Di bawah tunjuk ajar Ayahanda Hj.Hasyim B. Hj. Salleh selama 15 belas tahun sehingga ke hari ini.
Dari suratkhabar berbahasa Inggeris(NST),Lian Padukan ke suratkhabar berbahasa melayu(utusan Malaysia)dan akhirnya Lian padukan berjaya membuka mata rakyat Malaysia apabila berjaya menonjolkan diri di televisyen melalui saluran kegemaran ramai tv3,di dalam rancangan Mhi.Yang bertarikh 26 hb januari 2011.
Doa saya semoga Lian Padukan dan ahli-ahlinya bertambah maju dan terus berkembang.Dan segala tomahan serta kritikan selama ini kepada Lian padukan,akan kami jadikan sebagai satu kata-kata semangat untuk terus maju dan maju di masa-masa akan datang....amin
Selasa, Disember 21, 2010
penutup dan pembukaan
Majlis melangir pedang telah menjadi salah satu majlis rasmi Lian Padukan.Ia di adakan pada setiap tahun di dalam bulan Islam(Muharram).Majlis ini biasanya di adakan di gelanggang induk Lp di Johor Bahru.
Pada tahun ini ia telah diadakan pada tarikh 11 Disember 2010 bersamaan 5 muharram 1432.
Dan pada tahun ini kehadiran tidaklah seperti tahun-tahun yang sudah.Ini kerana petukaran jadual pada saat-saat terakhir.Pada mulanya ia di jadualkan pada tarikh 20 disember,tetapi ia telah ditukar tarikhnya lebih awal.Alhamdulilah semuanya berjalan seperti dirancangkan walaupun hanya segelintir sahaja ahli-ahli Lp yang hadir.
Seramai 16 0rang yang bersama-sama saya dari melaka dan kehadiran saya agak lewat sedikit,di sebabkan saya bertolak lewat dari Melaka.Nasib baik kami sempat bersama-sama dari awal majlis.Cikgu hisyam giant,cikgu faizal dan arif safwan telah ditugaskan untuk membantu ayahanda sepanjang majlis berlangsung.
Majlis melangir selesai lebih kurang pukul 2.00am dan di sambung dengan majlis berlimau.Saya tidak dapat bersama-sama sehingga ke akhir majlis di sebabkan terpaksa pulang awal ke Melaka.Rombongan dari Melaka bertolak pulang lebih kurang pukul 2.30am dan kami sampai di Melaka lebih kurang pukul 4.30am.
Majlis ini boleh dianggap sebagai majlis penutup tahun 2010 dan pembukaan bagi tahun Islam 1432.
Isnin, Disember 06, 2010
LP Melaka wooden dummy
Salam kepada semua pengunjung blog LP Melaka.Salam maalhijrah 1432 kepada semua umat islam di seluruh dunia.Tak lupa juga kepada warga-warga Lp seluruh Malaysia.Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang wooden dummy yang telah siap di bina di gelanggang Lp Melaka.
Terpanggil saya bila terbaca artikel yang pernah ditulis oleh Srikandi LP(cikgu aeen),di blog beliau.Di mana ada menceritakan bagaimana cikgu Ip man dari gelanggang Johor telah membuat wooden dummynya sendiri.Kisah usaha cikgu Ip man ini telah saya jadikan contoh dan azam untuk memiliki sebuah wooden dummy sendiri.Akhirnya wooden dummy yang di idam-idamkan pun siap di bina.Apa macam cantik tak .....???
Selasa, November 30, 2010
grading yang telah berlalu.
Penyatuan dalam meyatukan sesuatu persatuan bukanlah satu pekara yang mudah.Lebih-lebih lagi ia membabitkan banyak gelanggang.Sebagai salah seorang tenaga pengajar,di dalam persatuan Lian Padukan saya terasa juga keperitannya.Banyak pekara membabitkan displin dan tanggunggjawap perlu diserapkan.Tetapi kali ini ia telah dapat di buktikan.Pekara ini telah berjaya di buktikan dalam satu majlis yang julung-julung kali diadakan.
Bertarikh 06.nov.2010,Lp telah berjaya mengumpulkan kesemua ahli-ahlinya dari seluruh gelanggang di semenanjung Malaysia.Majlis yang bergitu meriah kali ini adalah majlis grading peringkat kebangsaan 2010.Walaupaun ramai lagi yang tidak dapat menghadirkan diri,tetapi majlis kali ini sentiasa teringat-ingat walaupaun ia telah berlalu hampir sebulan.Inilah tanda kejayaan Lp dalam menyatu-padukan ahli-ahlinya di seluruh negeri.Setiap ahli sentiasa menunjukkan komitmen yang baik sepanjang majlis berjalan.Dan buat pertama kalinya Grading peringkat kebangsaan ini diadakan.Tahniah kepada semua yang hadir dan tidak lupa juga kepada guru-guru khatam yang banyak bertungkulumus dalam menjayakan program kali ini.
Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan mengenali antara satu sama lain ahli-ahli Lp.Moga-moga majlis semacam ini akan berteruskan dimasa hadapan.
Agak terlewat juga saya post ...tapi saya tetap seronok.
Sabtu, November 27, 2010
sedarkah kita...?
Sedang Pak Raja sibuk menunaikan rukun islam ke 5 di mekah,kita di Malaysia sibuk bertelagah pasal video tentang Pak Raja dan Hj Hasyim.Hai tak tahulah bila pekara cam ni nak habis.Sepatutnya pekara cam ni tak perlu timbul pun.Tapi ada pulak pihak yang panas hati bila dapat tahu Hj hasyim ada belajar dengan Pak Raja.Jadi apa masalahnya dengan ada belajar atau tak untuk mereka-mereka ni.....?
Sepatutnya kita tak perlu nak babitkan atau pertikaikan tentang Pak Raja.Siapa yang hendak belajar atau siapa yang hendak beliau ajarkan.Sekalipun marahkan Hj Hasyim kenapa tak pergi jumpa terus dengan beliau.Apa kata Pak Raja bila beliau balik nanti.Tentu beliau kecewa dengan sikap-sikap bakal pewaris-pewaris buah pukul sekarang ni kan(kita semualah).Sepatutnya kita hanya perlu sama-sama kembangkan permainan buah pukul ke seluruh dunia(kalau mampulah).Tapi tak....sampai bila kita nak maju kalau asyik nak bertelagah dan hanya nak cari kelemahan dan kesalahan orang je.Silat cekak sibuk mengembangkan sayap,Silat gayong pula dah pun mengeliling dunia....tapi kita....?Takpayahlah hanya kerana sebuah buku dan sehelai kertas kita nak bertelagah seperti budak-budak.Takan kita nak jadikan sejarah buah pukul ni suatu hari nanti sebagai sejarah yang paling banyak masalah dalaman.cuba kita fikir-fikir dan renung-renungkan bersama.
Sebenarnya saya tak kisah siapa guru Hj Hasyim dan pada siapa Hj Hasyim pernah belajar.Pada saya apa yang saya dapat hari ni saya cukup bersyukur.Saya bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang pewaris buah pukul dan juga bersyukur kerana dapat mengembangkan lagi permainan ini.
Sudahlah ...hentikanlah segala tomahan yang di lemparkan.Tanpa sesiapa yang meyuruh saya menulis artikel ini....saya dengan merendahkan diri memohon kepada semua atau sesiapa yang pernah marahkan kami di Lp agar hentikan segala kerja gila ini.Demi kebaikan bersama.salam.
"HANYUT BAHTERA AKHIRNYA KE PANGKALAN JUGA
TIDAKKAN KARAM ANDAINYA NAKHODANYA PANDAI BERDAYUNG.
HANYUTNYA MANUSIA PULANGLAH KE PANGKAL JALAN.
TIDAK AKAN SESAT KALAU MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN..."
Ahad, November 21, 2010
video panas terbaru...
video ini telah di hantar ke blog LP melaka dari saudara dier(agaknyalah nama dia cam tu)jadi betul ke tak betul cuba anda semua fikir sendiri.Di blog srikandi LP ada tiga lagi video dari pengakuan Pak Raja ALI dan isteri beliau sendiri.jadi kepada para pengunjung blog lp melaka ...anda boleh menilai sendiri tentang kebenaran dan penipuan.tak payahlah saya tulis panjang-panjang.Kepada orang yang menghantar video ini selamat maju jaya kepada anda saya ucapkan.tahniah kerana anda telah berjaya membuat satu lagi dosa....kesian.
terlupa pulak,saya baru balik dari JB...ydp pesan kalau nak beli bunga rose....beli bunga rose merah.Tapi hati-hati sikit...setahu saya bunga rose ni ada duri dia...nanti tak pasal-pasal teluka jari sendiri.bunga rose merah tu ada di jual di johor jaya.....salam
Langgan:
Catatan (Atom)