Isnin, April 05, 2010

sekalung tahniah


gambar cikgu Azmi sebelah kiri sekali.



salam...tahniah saya ucapkan kepada salah seorang dari adik-beradik khatam merangkul rakan perniagaan saya.Cikgu Azmi atau nama sebenarnya Dato Paduka Amiluddin B. Hj Ismail (DPMP).Bertarikh 4hb april 2010,beliau telah berjaya menjadi salah seorang daripada 12 orang yang layak diberikan kunci kejayaan diatas usaha beliau dalam perniagaan shamelin bina.
Kini beliau telah di anugerahkan dengan sebuah kereta BMW,diatas usaha gigih beliau selama ini.Syabas saya ucapkan,beliau kini telah menunjukkan contoh yang baik.Dari seorang yang tiada apa-apa dengan hanya membawa teksi,kini beliau telahpun membuktikan kepada semua orang.Dengan usaha yang gigih pasti boleh berjaya.Dengan pendapatan melebihi 30k sebulan kini beliau mampu memiliki apa saja yang dihajati.
Kalau dahulu beliau dihina,dibenci dan dicaci tapi kini mana perginya orang-orang yang membenci beliau...adakah orang-orang itu semua telah lebih berjaya dari beliau atau orang-orang itu telahpun menjadi orang-orang yang hanya pandai berdiri ditengah-tengah sawah padi tanpa membuat apa-apa.Ingatlah hari ini kita menghina orang,tapi akhirnya orang itu telah mencapai matlamat hidupnya tapi kita?...Hanya menjadi orang yang akhirnya termakan sumpah sendiri.
Jadi dengan kesabaran,beliau membina kejayaan dan hari ini kejayaan beliau telah beliau ajarkan kepada saya.Terima kasih saya ucapkan dan semoga allah sentiasa memberkati apa saja diatas kejayaan beliau...amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan