Rabu, April 07, 2010

senjata 8

Latihan dalam Lian Padukan berkisar kepada teknik-teknik menghidupkan senjata lapan,iaitu penggunaan kedua-dua penumbuk,siku,lutut dan kaki.Latihan ini sesuai untuk perlawanan sebenar berkonsep " sundden death " kerana kesemua sendi ini akan berfungsi memakan lawan.
Aliran ini mempunyai 4 jurus dan 16 lian.Bagi permainan dan kefahaman buah pula bergantung kepada pertambahan idea.Konsep tepis dan makan menjadi senjata utama Lian Padukan selain pukulan-pukulan kasar dan seni buah pukulnya(tertib).Konsep bertahan tiada dalam istilah Lian Padukan.Selagi boleh serang,mereka akan serang tanpa belas kasihan.
Latihan Lian Padukan bercorak perlawanan sebenar.Ini bertujuan untuk melahirkan pendekar-pendekar yang betul-betul keras dan mahir menggunakan teknik-teknik Lian Padukan.Untuk memahirkan perlawanan dijalanan "street fighting" pukul,tumbuk dan tendang semua dilakukan betul-betul ketika latihan.
Tempur tanpa senjata adalah kaedah utama yang dipratikkan dalam aliran ini.Namun bergitu, permainan senjata-senjata melayu seperti Tekpi,keris,parang dan sebagainya turut di selitkan dalam pelajaran.

1 ulasan:

  1. mabelesnye cikgu boy... tapi saya suka main teknik 'advanced booking'

    BalasPadam