Ahad, April 11, 2010

tak tahu nak bagi tajuk apa .




Salam...hari ini 10hb april 2010...<>:saya hantar 2 orang murid saya ke jeti umbai.Tujuannya untuk ke pulau besar,bersama-sama untuk turut serta persatuan silat cekak(cwgn mlka)diatas jemputan untuk menjayakan satu program.pada minggu lepas beberapa orang ahli dari persatuan cekak ada datang ke rumah saya,untuk menjemput menjayakan program mereka bersama ketua menteri melaka disana(pulau besar).sayangnya saya tidak dapat untuk bersama-sama mereka..kerana saya menpunyai hal lain.Setelah berbincang dengan beberapa orang ahli Lp melaka.mereka bersetuju untuk mengikuti program ini.
Pada mulanya ada 4 orang yang patut turut serta.tetapi 2 orang ahli telah menarik diri di saat-saat akhir.tetapi takpa yang penting ada juga wakil dari Lp melaka.Program ini berjalan selama 2 hari,ini bermakna mereka semua terpaksa bermalam di pulau besar.Turut dibawa bersama-sama mereka ialah peralatan-peralatan untuk bercamping seperti khemah,lampu suluh,blanket dan beberapa barang keperluan lain.Saya telah berhubung dengan beberapa orang ahli dari silat cekak untuk memastikan keselamatan 2 orang ahli Lp ini.
Pada sebelah malam saya telah menukar jadual latihan hari ini kepada gotong-royong.ramai juga yang tidak dapat hadir diatas urusan peribadi.saya juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang turut serta dalam gotong-royong tadi.Bersusah payah mereka mengecat,dan berkemas untuk persediaan grading pada 24hb nanti.En.zainal dan 2 orang anaknya iaitu Rusdi dan Radiah,Lutfi,Akhir dan Ridzuan.Mereka inilah yang telah bersusah payah bersama-sama saya pada malam ini.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua diatas kerjasama yang diberikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan