Selasa, Jun 22, 2010

antara maksud dan salah faham.

Inilah sifat orang Melayu,melatah tak bertempat..kaji,selidik dan siasat dahulu sebelum marah.Nanti apa orang cakap.orang melayu penuh adat tapi.....
Mulanya malas saya nak layan,namun atas nasihat dan pendapat ayahanda Lp,kalau berdiam maknanya kita salah.Jadi kena betulkan balik apa yang telah di salah tafsir.
lepas satu,satu.Ingatkan dah aman rupanya di landa semula.Artikel yang saya masukkan dalam blog tersebut adalah hasil karya dari ayahanda Lp tapi dah pun disalah tafsir.Saya rasa dalam blog teregganu pun ada artikel pasal pantun gayang lima ni...tapi kenapa ditujukan kepada Lp melaka aje....?????fikir2kanlah sendiri.
Sebagai salah seorang anak,sesuatu yang berlaku harus di rujuk terlebih dahulu dari ayah.Ayahanda Lp telah memberitahu saya ni semua salah anggap dengan apa yang di baca.Sebenarnya perkataan gayang lima yang di maksudkan ada tertulis di dalam NUKIL LP...KE KANAN,KE KIRI,KE ATAS,KE BAWAH DAN KE DEPAN.Ia termasuk dalam perbuatan gayang yang dinamakan sebagai GAYANG LIMA.Iaitu lima arah atau lima arahan.2 TANGAN,2 SIKU,2 LUTUT DAN 2 KAKI adalah kesinambungan anggota tubuh yang digunakan sebagai senjata tubuh yang dikenali sebagai SENJATA LAPAN.Apabila kedua-duanya disatukan maka jadilah ia satu permainan yang di PADUKAN di dalam lian.
Tetapi kalau dikira ini semua hanyalah petua-petua didalam pukul sahaja.Sebab itu rahsia harus dicari di dalam petua-petua ini.Jadi apa yang tidak kena dengan pantun gayang lima senjata lapan ni?Kalau ada yang tidak kena kenapa tidak dibincangkan secara matang saje.Kalau rasa Lp Melaka jauh,saya rasa wakil-wakil Lp di KL pun berlambak.Saya rasa tak ada apa yang hendak di perbesarkan dalam hal ini.Pantun gayang lima senjata lapan ini telah wujud dari tahun 1999 lagi Masa tu arwah Pmk masih bersama-sama Lp. Ianya memang berada di dalam simpanan Ayahanda Y.D.P.Nama gayang lima tu diambil dari dalam NUKIL,kalau nak disalahkan ...salahkan Shk.Abd.Rahman.Sebab dia yang tulis perkataan gayang lima tu dalam NUKIL.Kalau nak tengok gambar nukil boleh tengoklah di blog new skool.
Ayahanda suruh saya dengan Cikgu Amy Teregganu masukkan dalam blog masing-masing,buat tatapan dan renungan semua ahli-ahli Lp dan mereka-mereka yang tahu maksud pantun tu.Bukannya nak menunjuk-nunjuk atau berlagak.Tapi kalau itulah anggapanya.. tepuk dada tanya seleralah.Buat pengetahuan umum pantun gayang lima senjata lapan tu adalah beberapa kupasan-kupasan rahsia dari petua-petua yang terdapat dalam NUKIL.Tapi cuma mereka-mereka yang faham saja tahu maksudnya.
Sudahlah ...marilah kita cari penyelesaiannya bukan tambah masalah.TIADA YANG LAMA TIADA YANG BARU...TAPI DAH ADA YANG BARU YANG LAMA TAK MUNGKIN DILUPAKKAN.

Khamis, Jun 17, 2010

Lian Padukan Melaka di Pulau Besar

program perkhemahan di pulau besar.

salam...lama saya tak menulis dlm blog.Dah naik bersawang dah blog Lp melaka.masa tak mengizinkan,nak duduk lama-lama depan com.pun tak boleh.Idea tu memang banyak mari tapi tak sempat nak masukkan.tapi takkpa walau macam mana pun saya tetap akan menonjolkan idea2 yang bernas dan berwawasan...hahaha.
Video ni adalah dari 2 orang ahli Lp melaka.Mereka mewakili Lp melaka masa program perkhemahan belia di pulau besar,pada 13 hb.april 2010 anjuran dari PSSCM (cwng melaka).Seorang umur baru 16 tahun seorang lagi 12 tahun.mereka adalah antara murid Lp melaka yang aktif.walaupun masa terlalu muda tapi bakat mereka berdua amat di banggakan.mereka mampu menunjukkan pretasi yang baik sekali dan dari cerita yang di dengar mereka adalah peserta yang termuda dalam program tersebut.
Saya memang tidak dapat bersama dalam program ini.Pada mulanya berat juga hati untuk melepaskan mereka berdua,tapi atas semangat yang ditunjukkan mereka saya percaya mereka mampu melakukan yang terbaik.Alhamdulliah semuanya berjalan dengan lancar sekali.Banyak juga pujian yang diberikan kepada mereka yang saya terima.Tahniah dari saya untuk Rusdi dan Fitri.Cikgu harap awak berdua akan terus maju dalam Lp.

Khamis, Jun 03, 2010

Antara lian dalam LP

Salam semua... Sekali lagi LP Melaka, mempersembahkan aksi-aksi untuk tatapan peminat blog LP Melaka. Kali ini kami membawa anda dengan aksi-aksi ala olahraga dan beberapa siri pukulan dalam permainan buah pukul.

Tentu anda semua telah saksikan persembahan buah cangkuk kepala. Pelik bukan buah tu?... sebenarnya buah cangkuk kepala ni memang wujud dalam permainan buah pukul Lian Padukan. Ia diambil dan diilhamkan dari permainan tomoi. Buah ini juga dikenali dengan panggilan Libas Buaya. Terdapat 2 serangan luar dan dalam iaitu libas buaya luar dan libas buaya dalam.

Buah pukulan ini juga dikenali dengan nama Yem dalam dan luar. Sekiranya tendangan anda dibawah paras pusat kebawah ia di panggil Yem dan jika melepasi pusat keatas ia dipanggil libas buaya. Terdapat banyak lagi buah-buah yang tidak termasuk dalam silibus pembelajaran, dan buah-buah pukulan ini dinamakan sebagai lian asing.

Di dalam LP lian asing adalah lian-lian yang dicipta khas hasil dari gabungan lian yang sedia ada. Terdapat 27 lian asing dimana ia dicipta dan dihasilkan dari permainan guru Yak dan telah di hadiahkan khas kepada Ayahanda guru Haji Hasyim.

Antara lian asing ini terdapat juga 10 buah tunggal, dimana buah tunggal ini adalah diantara buah pukulan ketika betul-betul terdesak ketika kita berhadapan dengan musuh yang ramai atau ruang yang betul-betul terhad.

Diantara lian dan buah pukulan ini ia mestilah bermula dari satu. Apakah yang satu itu....? Dan berakhirnya dengan satu. Jadi tiada lagi alasan untuk malas berlatih kerana sekiranya kita terus berlatih setiap hari walaupun hanya satu lian sekali pun pastinya kita menemui apa itu buah pukul yang sebenarnya. Wassalam.

Tendangan Bayang vs Gengstar Kg Tengah

Rabu, Jun 02, 2010

Jurus dan Hak Diri



Kita telah lihat permainan jurus oleh cikgu boy dalam video jurus-jurus keramat. Sekarang kami paparkan bagaimana para pelian Melaka mempraktikkan jurus tersebut.

Tiga pelian Melaka yang kami panggil Gengstar Kg Tengah, Tangan Berapi dan Naruto Jr. mempersembahkan bagaimana mereka mempraktikkan jurus tersebut.

Nampaknya setiap pelian mempunyai cara tersendiri mempraktikkan jurus tersebut. Mungkinkah itulah yang dipanggil hak diri. Belajar benda yang sama namun berbeza bila menggunakannya.

Apa komen anda...