Ahad, Januari 31, 2010
Sabtu, Januari 30, 2010
Jumaat, Januari 29, 2010
KATA2 PUJANGGA PENDITA.....
" PAT-PAT SIKU LIPAT,SIAPA TAAT DAPAT.....
RAHMAT,SYAFAAT DAN BERKAT."
" PAT-PAT SIKU LIPAT,SIAPA KHIANAT DAPAT....
LAKNAT,TAK SELAMAT DUNIA AKHIRAT."
" PAT-PAT SIKU LIPAT,
SIAPA CEPAT DIA DAPAT."
" PAT-PAT SIKU LIIPAT,
DUA GERAK TIGA RUAT,"
" PAT-PAT SIKU LIPAT,
DIAM,GERAK,GAYANG,RUAT,"
" PAT-PAT SIKU LIPAT,
JURUS SATU SAMPAI EMPAT,"
" PAT-PAT SIKU LIPAT,
LIAN ITU SEBAGAI SYARAT...
SUPAYA SILATURAHIM MENJADI ERAT."
Ingat selalu pesan guru...hendaklah mendulu jangan menunggu,biar bertalu2 agar tak tuwalu.Pandang satu nampak semua,pandang semua nampak satu.Berdirilah dengan jaga takkala takut yang satu,wujud perasaan sejati.....wassalam
Khamis, Januari 28, 2010
PESANAN DARI AYAHANDA LP....
Ayahanda Guru Haji Md.Hashyim Bin Haji Salleh adalah yang dipertua Lian Padukan.Beliau merupakan guru yang mengajar saya dari tak tahu bertumbuk sehingga tahu.Walaupun pada mulanya saya diajar oleh saudara Azizi tetapi saya telah dikhatamkan oleh beliau(ayahanda).Alhamdulilah sehingga kini beliau tak pernah jemu untuk mengajar saya dengan kefahaman2 dan pertua2.
Rasa sayang dan kasih saya kpd beliau tak pernah luntur.Beliau merupakan orang yang sentiasa memberikan kata2 semangat dan sokongan dan sentiasa berdiri dibelakang saya....rugilah mereka2 yang pernah mengkhianati dan menderhakai beliau
Dari itu saya ingin berkongsi bersama2 anda semua petikan2 perkataan yang pernah dikongsi bersama2 saya daripada beliau......
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
NAK MENGENA TAKNAK KENA....
DEMIKIAN PEGANGAN LIAN PADUKAN *
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
LAPIS IKUT MANA SERUPA....
MAKAN BELAKANG,DEPAN,KIRI,KANAN *
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
BILA TERPA TEKAN LENGAN *
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
PANTANG LEKA JANGAN KESIAN *
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
MAKAN PERCUMA JANGAN KEMPUNAN *
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
SENTIASA CEGA DAN CURIGA,WASAPADA...
JANGAN SAMPAI DILALAIKAN *
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
BERCITA2 ITU MULIA TAPI....
BERANGAN2 ITU MERUGIKAN *
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
WALAU BERBEZA CARA DAN GAYA...
NAMUN TETAP KELUARGA LIAN PADUKAN *
* GAYANG LIMA SENJATA LAPAN,
INILAH PESANAN AYAHANDA......
LIAN PADUKAN *
SENJATA LAPAN,GAYANG LIMA....TAK LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA.....WASSALAM
Para pelapis LP Melaka
Rabu, Januari 27, 2010
Terima kasih.....
Untuk tidak menghampakan semua kami, warga LP Melaka akan sentiasa memberikan yang terbaik. Jika ada yang ingin diketengahkan sila bagi cadangan.....wassalam.
Selasa, Januari 26, 2010
Sehari Bersama LP Melaka - Siri 02
Teknik ni nama dia potong wajik/buah seberang....
Isnin, Januari 25, 2010
Sehari Bersama LP Melaka - Siri 01
Video Sehari Bersama LP Melaka telah dijenamakan OneLPMelaka.
Siri yang pertama ini dinamakan Ular Lidi Belasah Naga
Ahad, Januari 24, 2010
SEHARI BERSAMA LP MELAKA
Cuaca agak terik juga hari ini tapi saya cukup rasa berbangga dgn ahli2 LP Melaka,mereka memberikan kerjasama yang sepenuhnya kpd pogram hari ini.Sampai naik gelap kulit,panaslah katakan tepi laut pulak tu.Tapi diorang ni makin panas makin seronok pulak saya tengok.
Mungkin akan dtg saya akan mengadakan lagi prgm seperti ini.Planing dah ada cuma nak cari lokasi dulu kat mana yang sesuai.Mungkin kali ini bukan kat tepi pantai lagi.Jadi tunggu aje ler kekawan semua.Kalau ada LP dari luar Melaka nak join lagi bagus.Dptlah kita mengeratkan lagi siratulrahim sesama kita...harap2 bergitu.
Jadi seblum saya mengundur diri dan menamatkan bicara sekali lagi saya mengucapkan berbanyak t.kasih kpd semua yg memberikan kerjasama dan nantikan demo2 yang akan ditonjolkan.Pasti lebih Xtrem......wassalam
SEHARI BERSAMA LP MELAKA
Sehari Bersama LP Melaka
Untuk tidak menghampakan peminat blog LP Melaka, kami persembahkan satu demo video yang amat hebat yang kami namakan Demo Patah Tengkuk.
PERHATIAN:Tolong jgn tiru aksi ini tanpa jurulatih2 yg terlatih dan bertauliah
Teknik ini dikenali dgn nama RACIK......
Sabtu, Januari 23, 2010
Historical Background of Lian Padukan
What did happen, however, was that after he had settled in Singapore he came to the attention of the Sultan of Johor. This came about when he got involved in a dispute with a rickshaw-puller. What started as an argument soon turned into a full-blooded fight with Syed Abdul taking on not just one rickshaw man but six! That he trounced all six was evidence of the extremely high level of martial arts skill that he had acquired but what was truly amazing was that at the time he was already old with some reports stating his age as being more than eighty.
It is hardly surprising then that the Sultan came to hear of this amazing old man. Wanting to assess the veracity of these stories for himself the Sultan sent his two most highly-skilled bodyguards over to Singapore to test the veteran fighter. When they too were trounced Syed was recruited to come and live in the Sultan's palace and teach member of the Royal Household.
This palace was located in Mersing and it was here that the art spread amongst the local people gaining a reputation as an effective fighting art. Here it became known as Buah Pukul Mersing.

Reference: Silat Warrior. Issue Autumn 2001
Jumaat, Januari 22, 2010
Silat Lian Padukan Martial Art of the 21st Century
While many styles of silat are characterised by their flowery dance-like movements which disguise the effective applications hidden within them, Lian Padukan is a direct, no-nonsense style and what you see is very much what you get.
The unique nature of Lian Padukan is in no small part due to the combination of its history and the pioneering and innovative spirit of some of its leading masters. This is particularly true of the man who gave the art its present name Pak Mat Kedidi and his successor the currentlineage holder Mohammed Hasyim Salleh.
Lian Padukan in its present form is a systematic method for close-quarter combat, based on clear principles, which are developed through a logical and coherent training process. Divided into five levels Lian Padukan teaches the exponent first how to use the various weapons of the human body, how to entice the opponent into attacking and then to deliver devastating counters. The Lian Padukan practitioner delivers a continuous barrage of techniques until the opponent is completely demoralised and unable to continue.
The weapons of Lian Padukan, as befits an art developed and used by law enforcement officers such as Pak Mat Kedidi, are the short stick, the long staff and the metal truncheons (known in Japanese as the sai). These weapons can all be used to subdue even a knife or parang-wielding opponent without necessarily doing permanent or fatal damage. Furthermore the principles of their use may be applied to a large number of objects found in a typical everyday environment; for example an umbrella for the short stick, a broomhandle for the staff, or rolled up newspaper for the iron truncheon.
That Lian Padukan is very different from other styles of silat is perhaps explained by its unique history which has resulted in a blend of Chinese boxing methods, native Malay silat and the Tomoi, Thai boxing style of Southern Thailand. Along the way all that is superfluous or wasted in the form of movement or technique has been dropped away leaving a direct, sophisticated fighting system.
Reference: Silat Warrior. Issue Autumn 2001
Khamis, Januari 21, 2010
Majlis Khatam Lian Paduakan 2009 - Demo Gerak Silat Lian
Demo Gerak Silat Lian oleh anak buah Pok Yee
Rabu, Januari 20, 2010
Satu
"Saya tidak akan takut kepada orang yang mempunyai seribu gaya jurus tetapi hanya berlatih satu kali sahaja sehari....tetapi saya takut kepada orang yang mempunyai satu gaya jurus dan berlatih seribu kali sehari..." itu lah kata-kata Bruce Lee ketika hayatnya.Jadi dari petikan ini kita sendiri boleh menilai untuk kita renungkan bersama....
SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
MAJLIS MAKAN KITA DATANG
DISURUH BUAT JURUS KITA LARI
Selasa, Januari 19, 2010
Peringkat Pembelajaran Lian Padukan
Perisai adalah penggunaan tangan pepisau dalam kedua-kedua pergerakan menyerang dan menangkis untuk menyekat pergerakan lawan secara berkesan dan kebolehan menahan sama ada dalam keadaan pergerakan terus kehadapan ataupun pergerakan menyamping dalam atau luar. Perisai adalah salah satu daripada teknik yang paling penting dalam Lian Padukan dan digunakan pada semua peringkat pelajaran dan kemahiran.
Setelah selesai peringkat Jurus, penuntut akan naik ke peringkat Lian. Dalam Buah Pukul Lian bermaksud pergerakan atau pattern, sama seperti konsep ‘kata’ dalam karate atau gaya dalam seni beladiri Cina.
Terdapat empat peringkat Lian dengan setiap peringkat mengandungi empat Lian untuk dikuasai. Pada peringkat Lian, penuntut diperkenalkan kepada teknik-teknik dan aplikasi-aplikasi tertentu yang berkaitan dengan setiap Lian. Tahap kemahiran penuntut akan meningkat sewaktu memahirkan diri dengan Lian.
Dalam Lian, penuntut mempelajari teknik-teknik dan taktik-taktik seperti Rebut (mematahkan pertahanan lawan), Reju (tekanan berterusan ke atas lawan), Turut (mengikut arah pergerakan lawan), Titik (mematahkan serangan tangan lawan) dan Makan Gerak (serangan memotong gerak lawan).
Peringkat Jurus
1. Jurus Satu (Tumbuk)
2. Jurus Dua (Siku)
3. Jurus Tiga (Lutut)
4. Jurus Empat (Kaki)
Lian Peringkat 1 (Lian Gelek 2 belah)
1. Lian Selak Panjang
2. Lian Siku
3. Lian Singkap
4. Lian Selak Pendek
Lian Peringkat 2 (Lian Reju)
5. Lian Reju
6. Lian Tangkap Tembung
7. Lian Badik
8. Lian Cangkul
Lian Peringkat 3 (Lian Tumbuk Mengambil)
9. Lian Lintang
10. Lian Sepak Yim
11. Lian Kwantung
12. Lian Kopak
Lian Peringkat 4 (Lian Pagar)
13. Lian Pagar Simbuh
14. Lian Pagar Tedung Berlipat
15. Lian Pagar Semutar
16. Lian Gulung
Rujukan: Laman Web Lian Padukan
Isnin, Januari 18, 2010
Rabu, Januari 13, 2010
Demo Hari Pahlawan Melaka 2009 - LP Tempur Berpasangan
Demo dari saudara Asrul (badan besar) N saudara Hafis. Mereka adalah murid pertama yang belajar dibawah tunjuk ajar c.boy.
Ahad, Januari 10, 2010
Demo Hari Pahlawan Melaka 2009 - LP Tiga Lawan Satu
sebenarnya masa buat demo ni kami tak rancang apa2 sebab masa terlalu suntuk. Jadi kami buat mana yang termampu je.
Sabtu, Januari 09, 2010
Jumaat, Januari 08, 2010
Khamis, Januari 07, 2010
Rabu, Januari 06, 2010
Selasa, Januari 05, 2010
Variasi Lian
Isnin, Januari 04, 2010
Sejarah Lian Padukan
Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunan, China. Maka, ianya bukanlah seratus peratus silat Melayu. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia. Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.
Berita itu sampai ke pengetahuan istana Johor ketika itu, lalu pengawal peribadi baginda Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu untuk bersama-sama menguji kehebatan Syed Abdul Rahman.
Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, akhirnya Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka dan kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.
Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.
Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).
Ahad, Januari 03, 2010
Blog Lian Padukan Cawangan Melaka

Alhamdulillah....saya bersyukur kpd Allah swt dgn izin nya berjaya juga blog utk Lian Padukan Cawangan Melaka ini disiapkan. Terlebih dahulu saya ucapkan t.kasih kpd semua yg memberi sokongan terutama yg dipertua Lian Padukan Hj Md Hashim bin Hj Salleh, ckg2 lian padukan dan ahli2 yg masih setia bersama Lian Padukan sebelum saya menamatkan kata, mohon maaf saya pinta kpd semua...wassalam
ukuran jangka perlu dipelajari,
baru diketahui syarat berdiri.