Khamis, Mac 25, 2010

4 jenis racun hati


Setiap kemaksiatan adalah racun yang merupakan penyakit dan perosak kesucian hati.Abdullah ibnul mubarak berkata:

kulihat dosa-dosa itu mematikan hati
dan kecanduan pada berbuat dosa,
akan mewariskan kehinaan
meninggalkan dosa bererti kehidupan
bagi hati...maka itulahyang terbaik bagi dirimu.

Barangsiapa yang menginginkan keselamatan dan kehidupan bagi hatinya,hendaklah ia membebaskannya dari berbagai pengaruh racun,dan selalu menjaganya supaya tidak terpangaruh lagi.Jika disuatu saat ia lupa sehingga dijangkiti lagi, maka bersegeralah memberikan penangkalnya iaitu dengan jalan bertaubat dan istighfar.berbuatlah kebaikan kerana perbuatan baik dapat menghapuskan perbuatan yang buruk.

Empat jenis racun hati tersebut adalah...berlebih-lebihan dalam berbicara,memandang,makan,dan dalam pergaulan.Inilah racun-racun hati yang paling banyak ditemukan dan kesannya sangat besar dalam kehidupan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan