Sabtu, Mac 20, 2010

demo d ayerkeroh melaka



Hari ini Lp melaka telah mendapat jemputan khas dari AIM.untuk memeriahkan satu jualan karnival di ayer keroh.Karnival yang dinamakan dengan karnival jualan amal dan sukaneka ini telah dianjurkan oleh majlis program 1 malaysia bersama sahabat AIM,penduduk taman takh dan penduduk2 ayer keroh.seramai 9 orang ahli Lp telah melibatkan diri.Ahli2 yang lain ada yang berkerja dan hal lain.Jadi kami 9 orang telah melaksanakan tanggungjawab untuk membuat persembahan silat di karnival jualan amal dan sukaneka ini.
kami sampai lebih kurang pukul 8.30am.Saya telah menyewa salah satu gerai disitu dengan harga RM200.Kami naikan banner untuk mempromosikan Lp melaka dimata masyarakat ayer keroh.Majlis bermula lebih kurang pukul 10.00am yang mana majlis ini telah di rasmikan oleh Ybhg.Datuk Haji Mohd.Sirat B. Abu,ahli parlimen Bukit Katil.Lebih kurang pukul 10.30am,kami membuat persembahan(selepas ucapan Ybhg Datuk).
setelah itu karnival telah diteruskan dengan sukaneka sehingga 2.00pm.Kami menutup gerai Lp lebih kurang 2.30pm dan bersurai.
Seronok....walaupun ramai yang tidak dapat hadir pada demo kali ini,tapi kami berasa amat berpuashati dan segalanya berjalan dengan lancar mengikut plan.Terimakasih kepada ahli2 Lp melaka yang terlibat.

1 ulasan:

  1. memang tali pinggang cekgu baju putih digantung di situ ke...
    hehehehe....

    BalasPadam