Ahad, Mac 14, 2010

selamat pengantin baru.


Salam...hari ini 13hb mac 2010 bersamaan 27 rabiulawal 1431h,saya telah pergi ke semerah Batu Pahat.Kunjungan saya kesana untuk memeriahkan lagi majlis pernikahan, anak perempuan bongsu salah seorang guru tua aliran buah pukul gayang 5 iaitu Pak Raja ALi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Raja Nur Azah BT Raja Ali bersama pasangannya Anuar Bin Mustapha Kamal.Majlis berjalan dengan meriah sekali,dengan di hadiri oleh Ayahanda Lp(guru Hashim)cikgu Nur Ain,cikgu Sam Giant,Cikgu Din gondrong(Abg Long Lp)bersama isteri serta 2 org anak dan cikgu Din Misai bersama isteri dan anaknya Imran.Majlis berjalan dengan lancar yang mana pengantin lelaki telah melafazkan dengan sekali lafaz.
Lebih kurang pukul 3.30 ptg,kami bertolak kerumah Pak Raja.Disana kami berehat sambil menikmati hidangan yang disediakan.Biasalah kalau cikgu2 Lp ni dah berkumpul banyak bahan2 jenaka dan story2lah,lebih2 lagi ditambah dengan lawak2 cikgu misai,madah pecah perut punya.kami sempat singgah di bandar Batu Pahat untuk perkena satay perut .Peh!...jangan cakaplah memang sedap,sampai tak cukup2.Boss satay perut lagi 20 cucuk...boleh ngigau dibuatnya.
Pukul 7.30 kami pulang.Cikgu sam giant,Cikgu din misai dan saya menuju ke Melaka.Kebetulan cikgu misai dan cikgu giant sedang bercuti di Melaka jadi kami menuju arah yang sama.(saya tumpang giant).Ayahanda dan cikgu gondrong menuju ke Jb.
kami sampai Melaka lebih kurang pukul 9.15 mlm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan