Rabu, Mac 31, 2010

"Laa ilaaha illallah"

Mengucap syahadat atau kalimah tauhid"Laa ilaaha illallah" merupakan dasar tauhid dan islam.Jalan yang paling sempurna dalam menghadapi kehidupan ini,kerana setiap aktiviti hanya tertuju kepada pengabadian kepada Allah semata.Ini hanya dapat dilakukan hanya kepada seorang muslim yang benar-benar khudu(berlutut)merendahkan diri kepada Allah,kemudian berdoa semata-mata mengharap keredahaanNya.Mereka tetap berpegang teguh kepada hukum-hukum,yang telah disyariatkannya tidak berpegang kepada tali lain.
Kalimat "Laa ilaaha illallah" akan memberi manafaat yang besar kepada orang yang mengucapkannya,selama ia tidak dirosakkan oleh perbuatan syirik.Sebab syirik merosakkan kalimat syahadat,seperti hadats merosakan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa akhir ucapannya"Laa ilaaha illallah" dia berhak masuk syurga."

(riwayat Hakim)

Bergitulah kebesaran dan keagungan kalimat "Laa ilaaha illallah" dalam kehidupan makhluk di alam semesta ini.Ia merupakan pengakuan yang tersimpan rapi didalam lubuk sanubari bahawa "TIADA TUHAN SELAIN ALLAH" yang layak kita sembah dan menyerahkan diri.Hanya dengan membetulkan akidah tauhid inilah kita baru dapat menikmati kehidupan yang benar-benar suci dan bersih dari berbagai pengaruh khurafat,bid'ah dan taqlid buta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan